Wednesday, December 4, 2013

ayahku kahwin lagi

assalamualaikum.tak jawab berdosa.cuaca hari ni macam biasa lah hujan,berenti,then hujan balik.nak pergi kelas terpaksa meredah air menyebabkan hampir separuh kain basah.tapi itu bukan topik sebenar yang aku nak cerita petang ni.

pada 29 disember yang lepas ayah aku telah selamat diijab kabul dengan pasangannya.nama aku tak ingat lagi sebab nama moden sangat.hari akad nikah aku dan yang lain berlagak macam gembira sangat nak menyambut kehadiran orang baru dalam rumah aku.yang mana sebelum ni mencecah 3 tahun lebih tidak kedengaran suara arwah mak aku dalam rumah tu.selesai satu majlis pada hari tu.

bersambung pada 30 disember pulak majlis sambut emak tiri dekat umah aku.majlisnya sekadar biasa.dihadiri oleh saudara mara sahaja.macam selalu bila ada majlis semua akan busy meskipun majlis tak besar mana.menjelang tengah hari, kaum kerabat hadir sebagai tanda syukur dan tahniah kepada ayah aku.dalam pukul tiga mak mertua aku datang dan setelah itu rombongan pihak perempuan telah sampai.semua pakat menjamu selera.

tengah mereka menjamu selera ada satu suara ni yang buat aku tersentak sedikit oleh kerana tidak menjaga adab.tapi aku dan adik buat relax dan cool.tak nak keruhkan keadaan.harap emak 'baru' baiklah orangnya.selalunya bila dengar je perkataan emak tiri orang akan set emak tiri ni jahat.akan buat kasar-kasar dekat anak tiri dia.ni semua pengaruh drama-drama melayu.ah hiraukan.tapi,mungkin ini tidak seperti yang diduga.mudah-mudahan.pada hari itu aku sedikit sebak jugak mengenangkan arwah mak yang menjalani kehidupan bersama aku selama 19 tahun.kami bahagia.yela kan sape yang sebak bila teringat.tapi cover.berlagak tenang.

seusai majlis.semua bersepakat mengemas halaman rumah dan dibasuh semua periuk belanga dan pinggan mangkuk.dan pada hari yang sama aku bergegas pulang ke rumah nombor dua aku di pasir puteh.meskipun sayang untuk meninggalkan dua orang anak sedara aku yang paling rapat dan paling aku sayang.damia dan alya.gelagat budak ni buat aku tersenyum selalu dek kerana kejelitaan mereka.he.

ya Allah kurniakan lah kepada bapaku kebahagiaan bersama dengan pasangan baru setelah 3 tahun lebih menduda.mudah-mudahan pernikahan mereka disirami nur kasih dan baja ketaqwaan..:)

Wednesday, November 27, 2013

KUNCI BAHAGIA DENGAN PASANGAN



1. Jika ada perselisihan maka hadapi dengan keadaan tenang. Jika yang satu marah maka yang lain berusahalah diam.

2. Kalau sedang marah cubalah berusaha mengalah untuk menang.

3. Tegurlah pasangan Anda dengan kasih sayang...

4. Lupakanlah kesalahan masa lalu pasanganmu.

5. Jangan pernah bersikap prasangka pada pasangan.

6. Jangan menyimpan marah sampai matahari terbenam.

7. Seringlah memberikan pujian kepada pasangan Anda.

8.biasanya, dalam pertengkaran, yang paling banyak bicara dialah yang salah

9. Jika merasa bersalah jangan pernah merasa sukar untuk mengakui dan meminta maaf.

Ya ALLAH, anugerahkanlah kepada kami suami/isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam/makmum yang baik.

Thursday, October 31, 2013

Petua Menjadi Suami Yang Mithali



1. Isteri adalah manusia

Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti “Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini”.

6. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah

Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

Sunday, October 27, 2013

SUAMI...ISTERI ADALAH TULANG RUSUKMU YANG SELALU SETIA MENDAMPINGMU...



✔ Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu. Berlaku adillah kerana isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.

✔ Jika engkau marah boleh tidak menegur isterimu, boleh tidak berbicara dengan isterimu, boleh tidak menemani tidur isterimu, tapi berusahalah untuk tidak memukulnya.

✔ Ingatlah jantung rumah tangga adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti kuburan. Sepi kerana tiada canda tawa, manja, perhatian. Sayangi isterimu agar dia bahagia. Maka engkau akan merasa seperti di taman surga.

✔ Besar kecilnya penghasilanmu, jangan pula membuat besar kecilnya kasih sayangmu kepada isterimu. Seorang isteri tetap ingin diperhatikan seperti ketika isterimu selalu menyambutmu kepulanganmu dengan penuh kasih sayang.

✔ Hidup dalam satu atap yang telah diikat dengan akad, tidak perlu merasa lebih tinggi, suka bertingkah ketika kaya, bukan juga siapa yang menang dan siapa yang kalah. Kerana hidup bersama bukan bertujuan untuk bertanding melainkan sebagai teman hidup yang selalu mesra bersanding.

✔ Diluar sana mungkin masih ada wanita yang mencintaimu atas dasar apa yang sudah engkau punya sekarang. Bukan seperti isterimu yang selalu setia menemanimu dikala masa sulit. Jika kamu temukan wanita seperti itu maka abaikanlah. Lebih baik rawatlah apa yang sudah engkau miliki yaitu isterimu.

✔ Mungkin diluar sana masih banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mungkin mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan. Kerana jika itu terjadi maka akan sulit sekali untuk kembali.

Jagalah isterimu dengan sebaik-baiknya. Karena dia adalah tulang rusukmu yang selalu setia mendampingimu. InsyaALLAH.

Ingatlah selalu dan sentiasalah berpesan bahawasanya suami isteri adalah sahabat karib sehidup semati yang akan terus berusaha dan berusaha untuk memperbaiki diri dan mempelajari isi hati masing-masing...

Friday, October 25, 2013

separuh akhir kedua.KELANTAN VS ATM

malam ni aku rasa sedikit tertekan oleh kerana  keputusan perlawanan bola malam ni tidak berpihak kepada ATM.aku bukanlah sokong ATM sangat tapi aku tak mungkin akan sokong kelantan.sukar untuk aku terima team kelantan.musuh tradisi la katekan.apa yang aku geram malam ni kelantan bangkit saat-saat terakhir.macam mana lah agaknya tiba-tiba jadi semangat dan boleh jaringkan 2 gol dalam masa yang begitu singkat aku kira.dari dulu aku cuba untuk minat kelantan tapi jujur aku tak boleh.tak tahu kenapa..moral of the story lepas ni tak payah nak tengok bola lagi dah.buat tambah dosa sebab ada semangat asabiyyah.sekian

Sunday, October 20, 2013

tetap menantimu-nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupku yang kuinginkan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu 3x
Aku kan tetap menantimu

Tuesday, October 8, 2013

SLOT AKASIA-NORA ELENA-







SALAM.sekarang ni tiba masa untuk aku melayan story yang boleh dikatakan telah lama tamat tempoh. sememangnya aku seorang yang agak ketinggalan lah.cerita ni dah bertahun di tayangkan,tapi aku baru terhegeh-hegeh nak tengok.cerita ni di adaptasi dari sebuah novel yang aku sendiri memang tak tahu apa tajuknye.selalu ketinggalan!by the way,ketinggalan tengok cerita no hal lah kan.


tengok episod pertama membuatkan aku tertarik untuk pergi kepada episod seterusnya.dan cerita ni memang menarik pada pandangan aku.bukan sebab kehenseman hero dan kecantikan heroinnya.tapi jalan cerita yang cukup menyentuh jiwa aku.sedih sebab elena tak jadi melangsungkan perkahwinannya dengan id.lepas tu Seth merelakan dirinya untuk menggantikan tempat id bagi menutup malu keluarga elena.dan sekarang ni aku baru sahaja menonton episod yang ke lapan.agak lambat di situ.

'nora elena' ni bukan sahaja menarik minat para wanita untuk menontonnya malah ada juga kaum lelaki yang tergila-gila akan cerita ni.termasuk husband aku sendiri.mungkin hero dan heroin nya sedap di pandang.huhusekian sahaja untuk malam ni.mahu sambung nonton ni..:)

Saturday, October 5, 2013

KELANTAN VS JDT




kedengaran bergemar suara-suara penyokong bolasepak kelantan dari bawah.semua berkumpul dan bersorak dengan semangat yang jitu.kemungkinan besar kelantan yang layak untuk ke separuh akhir.aku boleh bayangkan wajah adik yang bongsu di rumah sekarang.mesti tersenyum keriangan.pasukan yang cukup digemari.pasukan terengganu langsung tak dipandang.dalam family dia seorang sahaja yang lahir di kota bharu kelantan.sebab tu la jadi taksub gila bayang dekat pasukan kelantan.pasal aku no komen la sokong team mana malam ni.malas nak layan sangat dah.akhir kata selamat maju jaya buat kelantan.
-NEGERI SUAMI AKU IS KELANTAN..:)

Sunday, September 29, 2013

XPDC JELAJAH GUA TEMPURUNG PERAK.SERIUS MENCABAR!(26-28 SEPTEMBER 2013)


 Assalamualaikum..ok untuk entri kali ini aku nak cerita sedikit tentang pengalaman aku ketika menyertai xpdc jelajah gua tempurung pada hari khamis hari tu.program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam.untuk makluman semua,gua tempurung tu merupakan gua yang terbesar di semenanjungJ.sebelum tu aku nak cerita dulu dari awal.he.sebelum dapat tahu sape2 yang terpilih untuk pergi kem ni,ada buat pemilihan dulu.so pada hari selasa tu aku ada terima meseg daripada encik fauzan(ketua program) mengatakan yang aku terpilih untuk ke XPDC tersebut.apa lagi aku terus meseg husband aku nak tahu dia terpilih ke tidak.ok dia pun terpilih.aku takdelah happy sangat.hehe jahat tak?bukan apa,aku sedih sebab kawan2 aku semua tak dapat.

Tanpa berfikir panjang aku meseg dekat encik fauzan yang aku nak buat rayuan untuk kawan aku supaya dia pun dapat join.lepas tu dia balas “ok.petang ni datang taklimat”.huh punya la aku happy.berjaya sorang.pastu aku meseg kauthar pulak suruh dia buat rayuan.tapi malangnya meseg dia tidak berbalas.sob3 sedih.petang tu pergi dengar taklimat program dekat gymnasium.tetiba ramai pulak yang tak jadi pergi xpdc tu.tarik diri.ketua program pulak Tanya aku ada lagi tak kawan2 yang nak join.aku pun terus la meseg hasmah dan kauthar.pastu diorang confirmkan yang diorang nak ikut sama.ok settle dengan tulis nama diaorang serta buat surat pengecualian kuliah sekali.

Pada hari khamis jam 9.30 pagi kami semua bertolak ke perak.sampai sana dalam pukul 7 la lebih kurang.semua di arah buat persiapan memasang khemah dan yang perempuan kena masak.aku merangkap sebagai ajk makan minum segera lah pergi masak.masak biasa2je malam pertama tu.aku just goreng sayur je.lepas semua siap.suami aku pula merangkap penghulu memanggil semua peserta untuk menjamu selera.so lauk kitaorang malam tu ayam masak merah dan sayur goreng.semua makan dengan seleranya.(selera la sangat)
ni khemah yang telah siap di pasang.
Lepas siap je makan terus kena berkumpul pada jam 10 sebab ada “night walk” malam tu.kitaorang kena berjalan dalam gelap. nasib baik bertemankan lampu suluh.kalau tak terpijak taik lembu.lepas tu kena masuk dalam air.cuba bayangkan kena redah masuk air malam2.ntah ada lintah ke dalam air tu.pastu berjalan atas darat pulak.pastu masuk pulak dalam sungai.berjalan melalui sungai yang airnya boleh tahan sejuk.sekali aku terjelepok jatuh sebab terpijak batu.huhu..yang paling kelakar sekali.kitaorang kena angkut balik dengan lori.dah macam pendatang tanpa izin aku tengok berdiri kat belakang lori ramai2.

Tiba pulak hari kedua,kitaorang berkumpul untuk memulakan xpdc jelajah gua tempurung.masuk je gua tu ‘pakcik’tunjuk gambar2 yang terbentuk hasil daripada hakisan air aku rasa.ada bentuk suami cium isteri,gambar kucing,imam dan makmun tengah solat pastu buaya makan gajah.muka orang pun ada.ni dia….





Masa dalam gua tu jugak kitaorang kena naik anak tangga.huh lenguh belakang nak kena panjat satu-satu.lepas tu dah tak berjalan ikut tangga dah.kena redah air dalam gua tu.kena merangkak pun ada.yang paling aku gerun sekali masa setiap orang kena sliding turun ikut batu yang tinggi.lebih kurang kena gelongsor turun la.aku rasa macam aku ni nak bunuh diri je.dah la tinggi.kat bawah tu ada husband aku dan budak2 laki lain yang akan sambut.dengan perasaan yang sangat takut gelongsor perlahan2.sampai jer dekat bawah aku terus menangis.aku takut sangat wei.dah lah tinggi.ni merupakan pengalaman baru bagi aku.serius aku tak pernah buat macam ni.selepas tamat je jelajah gua tempurung tu kitaorang semua bergambar ramai2.macam2 gaya ada.he

Malam tu pulak kami ada ‘barbique’.maaf aku tak reti nak eja.kih3.beberapa orang sahaja yang duduk dekat dapur.yang selebihnya diaorang buat sedikit bacaan yasin ramai2.

Time nak tidur malam tu aku rasa sedih sangat2 sebab malam last dah kan.aku sayang nak tinggal tempat tu.banyak sangat kenangan aku dekat sana.bergambar dengan kawan2.suka duka semasa dalam gua.aku tak reti nak luahkan dekat sini.

Tiba pulak hari yang terakhir kami dekat sana.peserta lelaki di arahkan untuk robohkan khemah masing2 termasuk khemah peserta perempuan.time ni hati rasa sayu je sebab dah nak balik ke UNISZA.bergambar banyak2 untuk buat kenangan.lantak lah semua orang duk tengok kitaorang bergambar sakan.dah macam tak pernah jumpa camera.

THEN,semua angkat barang-barang  letak dalam bas.pastu ‘ketua program’bagi chance untuk bergambar dekat pintu gerbang gua tempurung la lebih kurang.setelah itu kami semua bertolak pulang bersama kenangan masing2 yang telah tercipta sewaktu di gua tempurung.haa sebelum terlupa,masa bertolak pulak tu sempat jua kami singgah di Cameron highland.aku beli bunga ni dan jagung banyak2…J



ni pulak gambar yang di tangkap sebelum bertolak pulang.semua peserta ada.cuba teka mana aku??

Tuesday, September 24, 2013

Jangan Biar Istikharah Jadi Fitnah



"Aku yakin bahawa dia adalah jodohku."

Hampir semua orang pernah berfikiran sebegini. Kan?

Aku juga salah seorang. Tidak dinafikan.

Istikharah. Suatu amalan yang seringkali dikaitkan dengan jodoh. Padahal, istikharah tidak semestinya dilakukan untuk jodoh sahaja.

Jabir bin Abdullah menyatakan,

"Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada Al Quran. Rasulullah menyatakan,

"Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat."
(Hadith ini direkodkan daripada Bukhari)

Kita boleh istikharah dalam segala urusan. Tak semestinya soal jodoh.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan istikharah jadi fitnah?

Ada beberapa situasi yang boleh dijadikan contoh, hasil pembacaan aku daripada sebuah buku berkaitan pernikahan.

Lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B. Malah, keluarga mereka juga saling mengenali dan sudah merancang bernikah dalam masa beberapa bulan sahaja. Jika difikirkan, sudah tidak ada masalah lagi dalam urusan. Segalanya dipermudahkan. Kemudian, suatu hari, si A melakukan istikharah lagi, untuk tujuan kepastian. Padahal, sebelum bertunang beliau sudah istikharah dan diberi ketenangan hati. Dipendekkan cerita, si A seakan-akan nampak wajah orang lain dalam mimpi. Kemudian, si A bertindak memutuskan pertunangan dengan si B kerana dikatakan mendapat 'petunjuk' daripada Allah.

Soalan yang mudah. Adakah kita ini wali, yang begitu mudah mendapat petunjuk melalui mimpi? Boleh jadi mimpi tersebut gangguan syaitan.

Soal istikharah, tidak semestinya dapat melalui mimpi. Antara 'petanda' bahawa si dia adalah jodoh kita, adalah dengan segala urusan dipermudahkan.

Istikharah dilakukan untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian. Sebagai tanda mengagungkan Allah dalam membuat segala keputusan. Jika sudah yakin, teruskan. Jangan biar istikharah jadi fitnah!

Perlunya Usaha, Jangan Hanya Berdoa

"Aku hanya menunggu jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz. Kalau sudah jodoh, tak akan ke mana-mana."

Pernah dengar ungkapan sebegini?

Orang yang dilabel islamik selalunya berfikiran sedemikian.

Aku kurang bersetuju dengan ungkapan sebegitu. Seolah-olah bagai menunggu bulan jatuh ke riba! Tiada usaha!

Tak cukup hanya sekadar DT - Doa, Tawakal.

Perlu ada DUIT- Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.

Adakah jodoh akan datang bergolek-golek dihadapan anda, kemudian anda terus bernikah? Tanpa ada usaha langsung?



'Come on'! Berpijak di bumi yang nyata!

Gunakan Pelbagai Method

(1) Gunakan orang tengah yang boleh dipercayai atau baitul muslim

Minta kenalan-kenalan yang kita percayai atau thiqah untuk mencarikan calon untuk kita. Seelok-eloknya yang sudah berkahwin. Tujuan kita menggunakan orang tengah adalah supaya kita lebih terjaga dalam perhubungan. Boleh juga serahkan kepada baitul muslim kerana mereka juga tahu apa yang sewajarnya dilakukan.

Risik seseorang yang kita minat. Ambil tahu bagaimana tingkah laku dan kelakuannya. Melalui orang tengah, kita dapat tahu baik atau buruk seseorang. Tanpa pengetahuan si dia. Jika kita terus berhubung dengannya, dikhuatiri kita hanya nampak kebaikannya sahaja. Seperti orang yang berpacaran, hanya nampak segalanya baik, kan?

Maka gunalah orang tengah, insyaAllah lebih terjaga.

(2) Selidik melalui media massa

FB. Twitter. Atau apa-apa sahaja medium. Selidik tingkah laku seseorang yang kita minat. Adakah dia menjaga ikhtilatnya dengan bukan mahram? Adakah dia menggunakan FB atau Twitter untuk perkara-perkara yang mendatangkan manfaat? Adakah dia suka 'upload' gambar-gambar yang dirasakan tak perlu untuk tontonan umum?

Jaga-jaga, mungkin anda sedang diperhatikan!

Namun bagi lelaki, harus diingat! Jaga pandangan mata. Jangan melihat gambar seorang wanita terlalu lama! Dikhuatiri menimbulkan nafsu syahwat pula.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
(Surah an-Nur ayat 30)

(3) Jumpa ibu bapa pasangan anda, jika anda sudah mempunyai calon

"Aku sudah lama bercouple dengannya. Takkan nak kena clash pula."

Kenapa nak kena 'clash'? Jika ikhlas dengannya, jumpa ibu bapanya!

Jangan Terlalu Kolot

"Aku takut nak tengok gambar calon isteri aku. Risau pula nak berhubung dengannya. Takut zina hati."

Risau akan golongan yang mempunyai pemikiran sedemikian. Terlalu mudah melabel zina hati. Sehinggakan terbayang atau terlintas di fikiran juga dikatakan zina hati.

Boleh jadi mereka betul. Boleh jadi juga salah.

Jangan jadi ekstremis zina hati. Rindu adalah fitrah. Harus diingat bahawa kita hidup dalam lingkungan manusia. Bukannya para malaikat!

Yang membawa kepada kelalaian dan jauh daripada Allah, disebabkan teringat seseorang, itulah yang dilabel zina hati. Jika sekadar teringat atau terlintas secara tiba-tiba, tidak bolehlah kita terus melabel bahawa itu zina hati.

Nabi saw bersabda;

"Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita, maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Azh-Zhahiri)

Manusia mempunyai hati dan perasaan. Perlu lahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, sebelum kita berkahwin.

Tetapi, bagaimana caranya? Adakah dengan perlu ber'couple'? Ber'dating'? 'Calling' dan 'sms' sehingga lewat malam?

Sudah tentu jawapannya tidak! Tak perlu melakukan sedemikian, untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang!

Pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu'bah,

"Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan An-Nasa'ie)

Islam hadir bukan untuk mengharamkan fitrah manusia. Islam hadir untuk mengawal fitrah manusia.

Ya, Islam mengawal. Bukannya menghalang. Terbitkan rasa cinta, tetapi dengan cara berlandaskan syarak.

Suatu kisah Habibah binti Sahl, isteri Tsabit bin Qais. Beliau lari pada malam pertamanya. Tidak mampu menumbuhkan rasa cinta kepada Tsabit. Rupa-rupanya beliau tidak berpeluang melihat Tsabit sebelum berkahwin. Maka, pada malam pertama, beliau mengintai wajah suaminya dengan mengangkat sedikit penutup khemah. Kelihatan suaminya bersama dengan beberapa orang pemuda. Dalam kalangan mereka, didapati Tsabit lelaki yang paling hitam kulitnya, paling pendek ketinggiannya, dan paling buruk wajahnya.

Ketika ditanya oleh Rasulullah saw tentang perbuatannya, isteri Tsabit berterus terang tentang fizikal Tsabit yang tidak disukai. Dia juga menjawab,

"Wahai Rasulullah. Aku tidak mempersoalkan akhlak dan agamanya kerana dia memiliki akhlak dan agama yang baik, tapi aku takut menjadi kufur." Lalu Rasulullah saw meminta Tsabit bin Qais menceraikan isterinya dengan talak satu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Luaran bukan syarat utama. Namun, ia mempunyai kesan terhadap rasa cinta bagi sesetengah orang.

Ingat, kita manusia, bukannya malaikat!



Kesimpulan: Antara Realiti dan Fantasi

Perancangan, sememangnya mudah. Umpama menaip menggunakan komputer riba. Memerah otak mengeluarkan idea-idea yang dirasakan bernas oleh penulis. Tetapi, bagaimana pula dengan pengaplikasiannya?

Berusaha untuk merancang. Namun, sekiranya berlaku tidak seperti apa yang dirancang, ketahuilah bahawa Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk kita.

Aku merancang dan Allah juga merancang. Ketahuilah, bahawa Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.

Sukanya untuk berkongsi rasa. Memberikan nasihat dan motivasi. Membawa masyarakat mengenal erti cinta yang sebenar. Bukannya definisi cinta yang hina! Cinta dikaitkan dengan ber'dating', berpegang-pegangan tangan, 'calling' dan 'sms' sehingga tengah malam. Maka membuatkan masyarakat begitu fobia dengan cinta.

Inginku terangkan kepada masyarakat. Apa itu cinta yang sebenar.

Betulkan definisi cinta! Kerana cinta yang suci adalah fitrah! Yang membawa kepada kita dan si dia dekat dengan Allah SWT

Sunday, September 22, 2013

" PEDIHNYA SIKSA NERAKA "



❥ Astaghfirullaahhal'Adziim : Betapa pedihnya siksa neraka, bagaimana sakitnya di siksa sampai badan hancur tetapi tidak mati-mati ketika di neraka..

Yang terdengar hanya jeritan dan rintihan tangis sakit kepedihan..

❥ 1. Kulit mereka diganti dengan yang baru, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya : 

Setiap kali kulit mereka hangus, KAMi ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan adzab..

(QS-An Nisa' : 56)

❥ 2. Bara apinya membakar sampai ke hati, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya :

(Yaitu) api (yang disediakan) ALLAH yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati..

(QS-Al Humazah: 6-7)

❥ 3. Mereka diseret ke neraka di atas wajah mereka, sebagaimana dalam firman-NYA yang ertinya :

(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka..

(QS-Al Qomar: 48)

❥ 4. Minuman mereka adalah besi yang mendidih, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya :

Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek..

(QS-Al Kahfi: 29).

❥ Begitu syadiid (keras dan pedih) siksaan neraka, lalu siksaan apa yang paling ringan untuk penghuni neraka..??

❥ Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah orang yang mengenakan dua sandal dari neraka lalu mendidih otaknya kerana sangat mencengkam panas dua sandalnya..

(HR. Muslim).

❥ YA ALLAH YA RABBI : Ampunilah dosa-dosa hamba..

Berilah hamba kemampuan untuk beribadah kepadamu dan berilah hamba kemampuan untuk menghindari kemaksiatan.

❥ YA ALLAH YA RABBI : Hamba memang tidak pantas masuk syurga tapi hamba tidak akan kuat bila masuk neraka. Ampunilah dosa-dosa hamba-MU ini.

Saturday, September 21, 2013

blogger popular di MALAYSIA

assalamualaikum.lepas solat subuh je aku dah macam tak ada kerja lain selain buka facebook.alkisahnya terbaca la satu post friend kat facebook ni.duk cakap pasal blogger ter'femes' malaysia.setakat ni blogger yang aku tahu femes ni hanis zulaikha je.dan tak pernah follow blogger yang lebih femes daripada tu.nak tahu ke aku cakap pasal siapa?huhu orangnye cantik dan bijak.boleh tengok rupa dia dekat majalah 'dara',metro.utusan,dan macam2 lah.nama dia fatin liyana.nama blog pulak 'honeykoyuki'.ni la gambar dia.




sekali tengok dah macam selena gomez.start menulis blog tahun 2009.dah boleh jadi popular di antara blogger2 kat malaysia ni.nampak gaya blog dia macam menarik hati orang untuk follow sebab banyak gambar masa dia duduk dekat oversea.aku rasa dah berapa banyak income dia boleh dapat hasil daripada blog nya sendiri.untung la.he



kalau ada kawan2 yang masih belum kenal dia boleh la follow blog dia.aku dah baca separuh entri yang dia tulis.menarik.cuma kalau yang panjang-panjang aku tak berapa nak larat nak baca.he.pilih yang pendek-pendek je.jenuh nak memilih.aku bukan apa tolong promot kot2 ada lagi yang tak pernah baca pun blog dia ni.aku promot ni sebab aku tertarik la.sekian.

blogger pujaan ramai:http://honeykoyuki.blogspot.com/p/contact-me.html

Thursday, September 19, 2013

sah menjadi isteri


Tanggal 25 mac 2013,pada pukul 9.30 malam aku telah selamat diijab kabulkan dengan pasanganku..perasaan aku pada malam itu hanya Tuhan saja yang tahu.bercampur baur.tak pandai untuk aku ungkapkan.sekarang aku sudah bergelar isteri orang yang sah.hilang sudah angan yang berlegar di fikiran aku selama ini.

Biarlah aku menjadi yang solehah buat dirinya.biarlah aku menjadi penyejuk matanya.ketenangan dalam perhubungan barulah dirasai.Alhamdulillah tanda syukur kepada yang Esa kerana telah menyatukan kami.syukur kerana telah memenuhi hajat kami yang telah lama diminta..:)

Terkadang,ianya bagaikan sebuah mimpi yang hadir dalam lenaku.aku bergelar isteri.maka tanggungjawab aku adalah sebagai seorang isteri.tingkah laku perlu dijaga rapi.cukup berat,tapi ganjarannya amat besar.
Ku bersujud padaMu agar diberi kekuatan dan ketabahan kepada kami berdua andai ada badai yang datang melanda.akan kami tempuhi dengan tenang dan menganggap ia sebagai lorong-lorong ujian.kesabaran itu amat diperlukan.perkahwinan ini merupakan satu permulaan kehidupan baru.tapi ingatlah perkahwinan ini melengkapi percintaan..:)


entri yang terlambat di'publish'..:P

suami plez take note


::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

24. Sekali sekala bawa isteri makan tempat-tempat yang biasa pergi makan masa bercinta dulu jangan masa isteri dah tukar size badan x nak ajak makan tempat2 yang indah-indah.

25. Ada masa bawa isteri pergi bercuti serta sambut ulangtahun, harijadi dan sebagainya..InsyaAllah.

26.Sayangi dan hargai lah sepenuh hati isteri anda kerana ianya dijadikan dari rusuk seorang suami peneman setia ke hujung nyawa suami.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


#orang suruh share kita share kat blog terus la.hehe

bersabar dengan dugaan

alhamdulillah,telah selesai satu majlis petang ni."majlis penutupan bulan kemerdekaan"peringkat unisZa.berapa jam duk berjemur tengah panas yang tak berapa panas tadi.tapi sebenarnya takde lah nak cerita sangat pun pasal majlis ni.cuma ianya ada sedikit perkaitan.

berdiri di tengah ramai-ramai orang.ternampak 'mereka'.huh bahagia sakan..timbul jugak satu perasaan yang kurang enak dalam diri.tapi  cuba berlagak takde apa-apa berlaku.mungkin semua sudah berubah perasaan.dan aku dah macam tak wujud langsung dalam jiwa dan fikiran mereka.dulu mase aku berkawan dengan dia.ada jugak mata-mata yang tak berapa nak berkenan.cakap aku rapat la sangat la.yela macam tak berapa nak sokong.tapi sekarang mereka pulak yang terlebih rapat dan nampak macam sweet sangat.timbul perasaan cemburu dalam hati.macam aku ni dilupakan terus.aku sedar aku siapa.takde la touching mane.tapi kan agak2 la berubah terus pendirian mereka.

ya Allah,kau teguhkanlah hati dan iman aku ya Allah.meskipun aku berkeseorangan,aku yakin aku tetap ada-Mu.yang memberi kekuatan dan kegigihan untuk menghadapi apa sahaja lontaran.dan masih lagi ada kawan-kawan yang baik hati untuk terus memberi sokongan pada aku.Allah,Allah.terkadang aku jatuh lemah bila ditimpa ujian demi ujian.tapi apabila terdetik dalam hati yang Engkau bersama aku.aku jadi kuat.kental.aku langsung tak sengaja untuk berperasaan begini.ianya secara spontan hadir dalam diri aku.dulu lain sekarang lain.

sometimes,people try to expose what's wrong with you,because they can't handle what's right about you!

Saturday, September 14, 2013

JANGAN MALU JADI ROMANTIS(SUAMI ISTERI)


        Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW.
 Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. 



 Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Tuesday, September 10, 2013

CIRI-CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.




Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, September 8, 2013

KEINGINAN SETIAP WANITA



Ketika seorang wanita telah siap lahir dan batin.
Maka keinginan terbesar baginya adalah segera menuju gerbang 'PERNIKAHAN'.

Ia begitu merindukan untuk segera menjadi ibu rumah tangga.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang isteri.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang ibu dari anak-anaknya.

Dalam setiap doanya.
Dalam setiap sujud kepada-Nya.
Ia benar-benar merindukan seorang lelaki yang punya komitmen jelas untuk menjadi suaminya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya.
Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Ia hanya berharap seorang pemimpin.
Ia hanya berharap seorang pembimbing.
Ia hanya berharap seorang imam.

Yang akan menjadi penyempurna ibadahnya.
Yang akan membawanya mulia di hadapan-Nya...:)

Saturday, September 7, 2013

istimewa air tangan isteri

Masakan seorang isteri adalah makanan yang paling istimewa buat seorang suami...bukan kerana jenis makanannya, tetapi kerana ia disediakan dengan kasih dan cinta..dijamah pula dengan kasih dan cinta juga..

Maka seorang isteri ketika menyiapkan makanan suami hendaklah dengan penuh rasa cinta dan kasih..demikian juga suami ketika menikmatinya..

Bukti kasih dan cinta itu akan terserlah pada kesungguhan isteri dalam menyediakan makanan itu; kebersihannya, rasanya dan persembahannya...

Ertinya isteri inginkan yang terbaik sehingga aura cinta itu terasa pada makanan yang dihidangkan..suami pula menerima dengan penuh cinta dan rahmah, rasa bersyukur dan bertambah kasih-sayang..

Jika isteri menyediakan hidangan suami sambil lewa,maka tiada beza antara masakan isteri dengan masakan kedai..pada cinta ada aura termasuklah yang tersimpan dalam makanan yang disediakan..jiwa kita ini sentiasa mengembara mencari kasih dan cinta... 

Monday, June 10, 2013

plez dengar dua belah pihak baru menilai.

dalam menduduki peperiksaan akhir semester pun masih ada resah dan kecewa.kecewa bila mana orang langsung tidak menyokong kita sedangkan dia mungkin kawan rapat kita.mungkin saja dia hanya mendengar luahan pihak sebelah sana sahaja mungkin atas apa yang berlaku baru-baru ini.lantas timbul rasa kecewa dalam diri.

untukmu,adakah kamu tahu punca yang boleh buat dia amuk macam tu?ada ker diaorang cerita dari awal sampai z.ataupun skip2 jalan cerita agar nampak yang dia di jalan yang benar.biar nampak kami sahaja yang salah.masa kelas terakhir ahad lalu.apa yang dia buat dalam kelas sampai si c ni naik marah.bukan ke kamu mengejek dalam kelas.bila si c masuk saja kelas kamu berdehem seolah-olah tercekik lipas.dan saorang lagi buat2 berbisik dengan orang sebelah.masih bergurau kah?

seperkara lagi yang buat aku bengang tahap apa.berlaku perbualan antara aku dan si A..
A:linda aku nampak suami kau jemur kain pagi tadi
aku:ye ke dia pakai macam mane?(risau kalau2 org tengok aurat suami)
A:dia pakai singlet dengan kain pelikat.
dia:wow seksinya!(sedarkah dia tu boleh buat si isteri tersinggung)ee kalu pakai tuala ngan singlet aku tarik kain tuala tu.
hey2 apa motif kau nak tarik2 tuala bagai.mau tengok konet suami orang ka??how dare u!!awak berkata macam langsung tak sayang mulut.aku isteri wajarlah aku terasa bagai.hanya isteri yang bengong tak kan terasa tahu tak.fikir la oi!ada otak kan.


baru kamu dapat rasa ye penangan seorang lelaki.jangan kamu cabar kemarahan si lelaki.buruk padahnya.dan dalam hal ni tak de seorang pun yang x salah.sebelum aku stop nak menaip aku nasihatkan lah jaga percakapan anda tu.mulut jangan bagi lantang dan tak de insuran sangat kan padah nanti.ingat!mulut awak lah punca benda ni berlaku.mulut awak boleh membunuh ramai orang tau.sekian untuk pagi ni

Saturday, May 18, 2013

kERANA DIA SEORANG AYAH


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...