Wednesday, September 5, 2018

Diari seorang guru

Assalamualaikum. Bersua kembali setelah lama saya menghilang daripada dunia blogger. Maklumlah sibuk uruskan keluarga.

Hari ni saya curi sedikit Masa yang Ada untuk berkongsi kisah tentang perjalanan saya sebelum dipilih menjadi guru. Pada bulan 5 2017, saya mengikut kata hati untuk memohon jawatan guru interim tahfiz Dan dini. Beberapa bulan kemudian saya dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru di ipg Kuala Terengganu . Alhamdulillah saya layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. Masa tu saya jadi Suri rumah sepenuh Masa di Klang. Dengan harapan pulang untuk temuduga dekat kelantan. Suami bekorban untuk pulang menghantar saya ke kampung. Sehingga lah tiba keputusan bagi mereka meyandang jawatan guru interim. Tunggu punya tunggu nama saya tidak tercalon.

Murung 1 minggu. Dalam hati bertanya bila aku nak dapat kerja ni. Saya berbincang dengan suami untuk bekerja sementara waktu bagi menambah pendapatan keluarga.

Saya Cuba nasib pergi temuduga dekat bonia boutiqe dalam aeon mall bukit tinggi Klang. Alhamdulillah saya diterima masuk. Jujur saya cakap pada Hari pertama saya bekerja saya sangat kekok. Malu Dan sebagainya. Tapi Alhamdulillah bila bertemu dengan staff yang lain Dan juga manager yang sangat cute, saya berasa sangat selesa.

10 bulan bekerja di sini, saya sekali lagi menerima email untuk menghadiri temubual di ipg bangi. Saya hadir dengan hati yang bertawakkal kepadaNya sekiranya Ada rezeki Kali ni . Alhamdulillah akhirnya saya menerima Satu lagi email untuk buat medical check up. Nampaknya macam sudah berjaya Kali ini. Dan ya memang betul saya dipilih berkhidmat di daerah sibu sarawak.

Pada 3 Hari bulan September 2018, saya diminta untuk melapor diri di wisma persekutuan sibu Dan Alhamdulillah Hari ni sudah Hari ke empat saya di sekolah kebangsaan sk St. Mary. :)