Wednesday, May 30, 2012

adab bersukan dalam islam:-)

bersukan kerana Allah
>bersukan sambil tidak mengabaikan solat,mendapat pengisian lengkap dari aspek rohani dan jasmani..
>tubuh badan orang bersukan(berpeluh) masih boleh menunaikan solat asalkan ianya tidak terdapat najis..
>utamakan waktu solat,barulah pergi bersukan..
>solat boleh dilakukan dimana sahaja asalkan mengadap kiblat yg satu..


menutup aurat
>ianya dituntut di mana sahaja selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan lelaki atau perempuan yg halal dinikahi..
>islam juga mengkhususkan dan membataskan pakaian kaum muslimin..

sukan yang tidak melalaikan
>muslimin atau muslimah mestilah membatasi setiap perkara yg hendak dibuat agar selaras dengan hukum yg ditetapkan.

sukan yg tidak memudaratkan
>semua sukan yg dilakukan bertujuan untuk menyihatkan diri sendiri,bukannya mendatangkan mudarat..
>apa sahaja penyebab bahaya wajib di tinggalkan

sukan yg mendatangkan manfaat
>sebaik2 sukan ialah sukan yg dilakukan ada mendatangkan manfaat..
>manfaat yg bukan sahaja untuk diri sendiri,malah untuk pasukan,peminat hinggakan kepada agama,bangsa dan negara sekalipun!

p/s:tak ada salahnya bersukan...tetapi sangat di galakkan untuk kesihatan selagi tak tinggal kewajipan:-)
-solusi-

:-)

Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan,Tapi akan terasa Indah ketika menyedari itulah jalan yang harus di tempuh untuk mengawali Kebahagiaan yang akan Allah berikan sebagai penggantinya,Tidak mudah menghilangkan duka akibat kehilangan,Tapi akan terasa Indah,ketika menyedari itu adalah sebahagian dari kebahagiaan yang sebentar lagi menghampirimu..Insya Allah

buat tatapan

Berusaha mencari orang yang baik-baik dan soleh/solehah untuk dijadikan pasangan hidup
memang suatu yang baik ....

Tetapi Alangkah lebih baik menjadikan diri sendiri orang yang baik terlebih dahulu sebelum memberi selembar kriteria pada seseorang sebagai calon pendamping,lebih baik kita dulu di utamakan dalam mempelajari Agama Islam dan Mengamalkannya ....

Berusahalah menjadi baik kepada yang lebih baik ..
Semoga kita di pertemukan jodoh dengan orang baik Agamanya,tentunya baik dalam pilihan_Nya ..Aamiin..InsyaAllah...

Sunday, May 27, 2012

masa silam yang kelam..






bumi mana tidak ditimpa hujan.. manusia mana yang tidak pernah berdosa..tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa..

jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna maksiat,pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada ilahi..jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia,berpatah baliklah..jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara..jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah,binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis...

moga warna hitam yang kita corakkkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap..biar merangkak,biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan..moga dengan itu,kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi..insyaAllah..jangan pernah putus harapan padaNya...

p/s:Everyone has their own past. And the past is not to be judged, but to be learned.




Saturday, May 26, 2012

ALLAH akan jaga aibmu, jika kamu menjaga aib orang lain..

vassalamualaikum...nampaknya sudah sekian lama aku tidak menulis di sini....bukan apa,aku tak boleh nak buka laptop lama2 sangat sebab anak sedara aku yang sorang ni suka sangat kacau time aku mengadap laptop...asal aku bukak saja tak senang duduk aku tengok...yang dia tahu nak dengar lagu ummi dekat youtube..hari2 mesti nak dengar lagu tu..kalau aku tak bagi kan menangis bukan main...kalau aku tak online pulak dia asyik mintak handphone aku nak dengar lagu yang aku rakam daripada handphone kawan..lagu eren(takkan pisah) hmm macam tu lah hari2...sampai aku dah tak tahu nak sorok kat mane..huhu

okla nampak dah lari tajuk dah kan?hehe..ok berbalik kepada tajuk kat atas tu sebenarnya bukan apa..just untuk peringatan buat diri aku sendiri..yang selalu alpa.aku bukanlah siapa-siapa.hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan...tajuk ni juga sebagai motivasi buat diri aku sendiri untuk tidak membuka sebarang aib tentang diri orang lain.sebab bila kita jaga aib orang lain allah akan jaga aib kita kelak..tapi aku tak faham kadang-kadang  ada yang macam dah jadi hobi duk buka aib semua orang...sebar sebarkan..walhal cerita tu belum tentu betul..entah benar entah tidak..hmm..kalau ya benar sekalipun untuk apa kita sebarkan..biar semua orang sisihkan pelaku tersebut??kita sebagai kawan seharusnya mengambil langkah yang bijak..siapa dia sekalipun,cubala nasihat dulu betul betul..jangan lah sampai sebab mulut kita, semua berpecah belah..macam dah jadi batu api dah...duk laga-lagakan orang...mungkin ada PHD..huhu(penyakit hasad dengki)tak tuju kat sape2...awal2 lagi aku dah cakap tadi kan motivasi untuk diri sendiri:-)

manusia ni tak boleh lari dari melakukan dosa dan kesalahan.semua penah buat silap.tapi kita jangan lah duk hina,mengumpat,macam2 lagilah....nanti terbalik dekat diri sendiri macam mana la agaknya...pernah dengar tak ada satu riwayat yang mengatakan "janganlah kamu menghina seseorang kerana perbuatan keji yang penah dilakukan kerana kamu tidak akan mati sebelum melakukan dosa itu"(tarmizi)..mesti ramai dah pernah dengar kan...lagipun dah ramai kawan2 kita dah post riwayat ni dekat mukabuku kan...cuba cuba lah renung2 kan..muhasabah diri...sudah cukup banyak kah amal kita sampai kita dah macam berlagak yang kita ni sudah baik..sama-samalah kita tegur untuk kebaikan bersama...ada orang dia tak boleh kalau ditegur.tapi berdasarkan pengetahuan aku,melalui bentuk penulisan lagi buat seseorang itu tersentuh bila baca..so banyakkan membaca majalah s0lusi..hehe.tulah kadang2 aku malas nak layan sangat apa yang orang cakap...mulut manusia faham2 jelah...sabar dan terima je apa orang nak cakap..:-)
haa satu lagi sayangilah sahabat kamu dengan hati bukan dengan perasaan..sebab perasaan ni boleh berubah dari semasa ke semasa..dah boring kawan tinggal pastu cari kawan lain pastu bila dah jumpa yang lain tinggal pulak yang tu..hmm..sama-samalh kita menegur kalau ada silap...tapi jangan kita asyik duk nampak silap dia jer...nanti orang fed up ...
p/s:semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur atas nikmat akal yang ALLAH berikan untuk berfikir..moga2 syukur itu lahir dari hati yang ikhlas berpesan2 keranaNya...bukan untuk menyebarkan aib semata2...peace no war:-)-lubuk hati linda-

Friday, May 25, 2012

oh cinta!

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang,namun kau tahu cintamu tak terbalas.Allah Azza Wa Jalla tahu apa yg ada di depanmu dan Allah Azza Wa Jalla sedang mempersiapkan segala-segalanya yg terbaik untukmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yg tak kunjung datang,Allah Azza Wa Jalla mempunyai Cinta dan Kasih yg lebih besar dari segalanya dan Allah Azza Wa Jalla telah menciptakan seseorang yg akan menjadi pasangan hidupmu kelak'' sebenarnya Allah Azza Wa Jalla sedang mengajarimu untuk redha menerima takdir-Nya ….

biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi..

Ingatlah.. bahwa engkau mungkin menemukan cinta setelah kehilangannya,tapi..ketika cintamu itu mati..kau tidak perlu mati bersamanya.

:-)

Jika manusia mencewakanmu,
Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu . .

Jika manusia menzalimimu,
Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .

Jika manusia melukaimu,
Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu . .

Monday, May 21, 2012

air mata mahal harganya

Biarkanlah air mata kita mengalir 
menyesali segala DOSA, daripada hanya TERTAWA tanpa mengira MASA..

Biarkanlah air mata kita mengalir ketika BERTAUBAT, daripada tak sempat kerana TERLAMBAT..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana SYUKUR, daripada terus terluka dalam KUFUR..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK, daripada tergoda dengan SYAITAN yang TERKUTUK..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA, daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang DURHAKA..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana rindukan SYURGA, daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA..

Semoga kita semua selalu dalam Naungan Allah SWT.

Ya Allah, tunjukilah kami ke jalan yang lurus...Aamiin Allahumma Ya Rabbal 'Alamiin..

Friday, May 11, 2012

Ketika TAKDIR menyapa CINTA



Aku...
Yg tak pernah berharap mencintaimu...ttp ALLAH yg telah
menundukan Hatiku tuk memberikan cinta ini padamu

Aku...
Yg tak pernah memilihmu untukku...ttp ALLAH telah memilihkanmu untkku

Aku...
Yg tak pernah bermimpi, untk mendampingimu.,ttp ALLAH lah yg tlah menentukan hidupku tuk mendampingimu..

Aku...
Juga tak pernah berharap menanggung Rasa ini atas cintaku padamu, ttp ALLAH tlah memberikan rasa ini dan harus ku tanggung atasmu

Itulah..aku adanya
Aku yg tak pernah kuasa mampu mengatur hatiku sendiri kerana Sang PEMILIK qu yg tlah menentukannya...

Aku...
Yg hanya engkau lihat sebuah Raga...sdngkan Hatiku sepenuhnya adalah Milik-Nya

'' ya TUHAN ku...Tenggelamkanlah aku di dlam kecinta'an-MU..supaya tiada suatu apapun yg mampu memalingkan aku daripada-MU..

Ya ALLAH...Kurniakanlah kepada kami keAmpunan-MU,bukan Azab-MU...masuk ke dalam Syurga-MU tanpa Hisab,melihat Wajah-MU tanpa Hijab,jagalah kami dengan Kurnia-MU, dari kejahatan orang2 yg Hasad,ketika duduk, berdiri,dan tertidur...peliharalah kami dari rasa dengki...

Aamiin ya Rabbal'Alamiin ...

ANTARA CINTA & KEIKHLASAN



CINTA yang AGUNG,
adalah ketika kamu menitikan airmata,
Dan MASIH peduli terhadapnya..

Adalah KETIKA dia tidak memperdulikanmu
Dan kamu MASIH menunggunya dengan SETIA,

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain,
Dan kamu MASIH bisa TERSENYUM sembari berkata:

"AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUKMU"

Apabila cinta tidak berhasil ,BEBASKAN dirimu,
Biarkan HATIMU kembali melebarkan sayapnya,
Dan terbang ke alam bebas LAGI..

Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan CINTA & Kehilangannya..
Tapi ketika Cinta itu MATI , kamu TIDAK perlu mati bersamanya....

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang,
Melainkan mereka yang tetap TEGAR ketika mereka JATUH.......

Ikhlaskan apa yang Hilang,,
Syukuri apa yang ada ...

hanya padaMu...

Ya Allah..

Kirimkanlah dia untukku..
Dia yang menenangkan hatiku..
Dia yang selalu menjaga keimananku..
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar..
Dia yang membuatku menangis karena takut kepada-Mu..
Dia yang Menjaga Agama-Mu..
Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya.,..
Dia yang tak pernah meninggalkan sholat..
Dia yang selalu berbicara sopan..
Dia yang selalu bijaksana..

Jika dia adalah pilihan-Mu,
Datang atas redha-Mu,
Yang akan mampu mendekatkan cintaku pada-Mu,
Maka, satukan hatinya dan hatiku.
Dalam janji ikatan suci,
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi..

Aamiin Ya Allah Ya Rabbal ‘Alamin

Friday, May 4, 2012

di petik untuk dikongsi...



Buat kaum Adam, para muslimin, ikhwani yang dihormati, yang bakal menjemput bidadari sang ratu hati, dan yang sudah menjemput bidadarinya.
Juga buat kaum Hawa, para muslimat, yang bakal dijemput sebagai bidadari, dan yang sudah dijemput dan sedang melalui alam perkahwinan.
Sekalian manusia menginginkan perkahwinan yang bahagia, alam cinta yang indah. Tiada yang menginginkan perkahwinan yang penuh duka dan duri. Inginkan bahagia, maka hendaklah dituruti jalan yang betul, agar sampai ke destinasi bahagia. Apakah yang menjadikan satu perkahwinan itu bahagia? Apakah jalannya?
Mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.
Apakah usaha-usaha yang perlu kita lakukan, apakah tindakan-tindakan yang perlu kita ambil? Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti.
Asas dan Halatuju Mahligai Cinta
Antara aspek penting yang perlu kita beri perhatian. Asas dan halatuju mahligai yang dibina.
"Dan izinkan kujemput bidadari. Untuk bersama menuju-Mu mengisi hari."
Sedap dan indah didengar dan dilafaz. Namun lebih indah lagi, apabila usaha ke arah menujuNya dilakukan dan dilaksanakan. Asas dan halatuju cinta insani ialah cinta Ilahi. Apabila asasnya betul, asasnya kukuh, nescaya bahagia hadir mendamaikan kehidupan. Sekiranya asasnya rapuh, bahagia menjadi sesuatu yang amat sukar dimiliki, very elusive.
Dan semestinya, apabila bercinta, hendak bercinta sehingga ke syurga. Syurga akhirat, Jannatullah.

Firman Allah Ta'ala:
Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
*Manusia di dunia ini baik disedarinya atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya. Dan tidak dapat tidak dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasanNya dari perbuatannya yang baik dan buruk.
Inilah halatuju mahligai cinta yang dibina. Cinta hingga ke syurga. Begin with the end in mind. Apabila betul dan tepat halatuju, disusuli dengan usaha dan amal yang bertepatan, disulami doa dan tawakkal kepada Maha Pemberi, nescaya mahligai cinta yang dibina bahagia, berkekalan dan berseri di bawah naungan redha dan rahmat Allah s.w.t.
Apakah usaha dan amal tersebut? Ia adalah usaha dan amal yang melayakkan kita kelak untuk menerima kitab amal dengan tangan kanan. Sama-sama kita renungkan.
Akhlaq Mulia
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Kaum mukminin yang paling sempurna perihal keimanannya ialah yang terbaik akhlaqnya antara mereka itu, dan yang terbaik antara kalian ialah yang terbaik akhlaqnya terhadap kaum wanitanya."
(Riwayat Imam Tirmidzi)
Akhlaq adalah satu aspek atau kriteria yang dinilai oleh ibubapa dalam pertimbangan mereka tentang sejauh mana anak mereka bersedia dalam menggalas tanggungjawab sebuah perkahwinan. Akhlaq diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk 'melepaskan' anda ke dunia lain yang lebih mencabar, iaitu perkahwinan.
Ia juga satu kriteria yang dinilai oleh bidadari yang ingin dijemput, dan ibubapa kepada bidadari itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila datang (meminang) kepada kamu orang yang kamu redha agama dan akhlaqnya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
(HR Tirmidzi – Hadis Hasan Gharib)
Hadis ini, pelajaran kepada para ibubapa, juga yang bakal menjadi ibubapa kelak:
1.    Kriteria penilaian nombor satu untuk bakal menantu, adalah kriteria akhlaq mulia.
2.    Bukan bermakna kriteria harta, keturunan dan keindahan wajah tidak penting. Semua itu perlu dipertimbangkan, namun nombor satu adalah berakhlaq mulia.
3.    Didiklah putera-puteri kesayangan agar menjadi Muslim dan Muslimah yang berperibadi mulia dan indah.
Pelajaran buat yang bakal menjemput bidadari dan yang bakal dijemput, berusahalah hiasi diri dengan akhlaq indah dan mulia, mencontohi teladan utama kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., dan daripada mereka yang mengalir keindahan akhlaq baginda s.a.w. pada diri mereka, dikalangan para ulama', murabbi, keluarga terdekat dan insan-insan yang soleh dan solehah.
Satu Amanah
Sabda Rasulullah s.a.w. , sebahagian daripada hadis yang panjang:
Maka bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hubungan dengan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai amanah) melalui perjanjian dengan Allah. (Riwayat Muslim)
Buat para muslimin dan para suami, beramallah dengan amal ahli syurga iaitu amal-amal soleh, dan jadikanlah isteri kita wanita syurga.
Buat para muslimat dan para isteri, taatilah suami kalian, selagimana halatujunya adalah redha dan syurga Allah.
Semoga redha Allah sentiasa bersama dengan kita.

Thursday, May 3, 2012

masa ibarat pedang(^_*)

pejam celik pejam celik dah sepuluh hari aku merantau kat negeri orang ni...huhu..perak darul ridzuan..saat ini aku berjauhan dengan ayah aku dan adik beradik kat rumah di besut terengganu..kadang2 rasa jugak teringat dekat rumah..tapi nak buat macam kan...hanya sabar yang aku mampu...

.hari2 mengadap muka anak sedara aku yang comel sorang ni...nur damia..budak kecik ni pantang aku buka laptop,ada je dia datang kacau...kecik2 dah pandai nak main laptop..baru nak masuk dua tahun..kadang2 aku tergelak sendirian tengok telatah kanak2...rindu nak balik ke zaman kanak2..hehe..

dan masa cuti2 panjang macam ni serious aku rindu dekat kawan-kawan seperjuangan dulu...student2 diploma alquran dan assunnah..dan kawan2 yang rapat dengan aku tak kira dari bidang apa pun..rindu saat2 keluar bersama kawan,lepak2 kat bawah blok M sambil makan dadih..huhu..pergi jalan2 kat tasik kenyir,dan gurau senda serta lawak2 jenaka dalam kelas mahupun di luar kelas...dan tak lupe juga team pingpong unisza yang selama  ni berjuang habis habisan untuk menghadapi pihak lawan..dah 3 tahun kita bersama dekat unisza tu..dah macam2 kenangan kita cipta dan bawa balik dari jauh kan?memang tak dapat dilupakan lah...

bulan julai akan datang pula insyaAllah team pingpong akan terbang ke uthm johor untuk menghadapi tournament sukan MASUM fasa 2 yang akan berlangsung selama  4/5 hari lebih kurang..harap2 dapat buat kejutan lebih hebat lagi macam liga ipt bulan lepas..walaupun bergu wanita tersingkir lebih awal...aku seronok sebab berpeluang mewakili universiti..boleh kenal kenalan dari universiti2 lain...sekarang ni tengah kamcim dengan 'dak' pingpong umt,usim dan upsi...tapi yang paling kamcim dengan umt la..tapi aku ada dengar2 desas desus mengatakan sape2 yang dah habis belajar tak boleh nak ambik bahagian walaupun tak graduate lagi...harap semua tu tak betul..mungkin kali ni last aku ambik bahagian...huhu...

p/s:harap dapat belajar bersama lagi ngan member2 dulu...insyaallah kalau ada rezeki:-)mudah mudahan!


::thank you allah untuk pertemuan ini...(U_U)