Tuesday, May 5, 2015

Pengalaman melahirkan anak pertama


Assalamualaikum pembuka bicara,
Alhamdulillah diberi ruang lagi untuk terus berkongsi cerita dalam blog ni. Alhamdulillah juga sebab aku dah selamat bersalin anak perempuan pada 30/3/2015 hari tu. Dan sekarang puteri aku dah berumur sebulan 5 hari dah. Nak berkongsi sedikit pengalaman sewaktu bersalin dengan kawan-kawan semua. Hehe. Macam mane nak mula ni.
Bermula kisah ini sewaktu aku mula-mula kena tahan dalam wad pada 26 mac. Tersilap pergi awal dekat hospital sebab masa tu aku perasan ada lendir dan darah keluar. Masa tu tak rasa sakit sangat pun. Tapi sebab takda pengalaman bersalin cepat-cepat suami bawak pergi hospital. Sampai je dekat wad bersalin dia terus cek jalan. Tengok-tengok baru 2cm. lepas tu kena tahan dalam wad sampai tarikh 29/3.masa 3 hari dalam wad tu tak terdaya aku nak menanggung rasa sakit tu. Bayangkan 3 hari tu tak boleh nak tidur lena pun. Sebab sakit datang 10 minit sekali. Kadang-kadang 5 minit sekali. Jarak tu la aku dapat lelapkan mata sekejap. Tak tahan punya pasal malam kedua tu suruh misi suntik ubat tahan sakit. Barulah aku boleh tidur lena sebab kepala dah berpusing. Kesan ubat.

Hari keempat dalam wad tu aku rasa semakin sakit perut aku. Terus call suami dekat luar wad nak suruh dia slow talk dengan doctor biar dia pergi hantar dekat HUSM.tapi doctor tak bagi. Oleh sebab misi tu tengok aku dah menangis tak henti-henti dia suruh aku masuk labor room. Cek jalan lagi. baru 4cm. tapi kena stay dalam tu dah. Dia tunggu jalan terbuka 1cm satu jam. Tapi aku kat dalam tu 4 jam tapi jalan baru buka 6cm.
Doctor cina datang terus call HUSm dan bagitahu kat aku nak g hantar sana. Aku tengok misi semua kalut.ingat kan ada yang tak kena. Aku jadi risau. Doa pada Allah moga semuanya selamat. Misi pulak Tanya aku. “awak ada niat nak berank dekat kota bharu ke?aku pun jawablah ye sebab tadi tak tahan sangat sampai serah diri nak suruh belah dah. Misi tu cakap patut baby tak mahu keluar dekat sini.macam tu pulak.
Naiklah ambulans. Sampai kat sane dah terbuak 9cm. aku gembira dah. 1cm je lagi. masa tu memang sakit sangat-sangat dah. Terbuka je 10cm misi dah ready dengan gunting dan alat-alat dia. Aku rasa takut giler. Lepas tu misi suruh aku berak.akku faham-faham sendiri lah. Akku pun teran sekuat hati. Tapi baby tak keluar lagi. aku habis tenaga dah sebab tak makan nasi pun hari tu. Huh!kumpul tenaga dulu. Aku sebut Allah. Allah. Allah tiga kali pastu teran lagi.alhamdulillah baby dah keluar dan aku dengar dia batuk-batuk lepas tu menangis. Comel sangat-sangat suara dia. Misi ambik anak aku letak atas dada suruh peluk kuat2..aku menitis air mata sebab terharu dan dapat tengok wajah anak aku yang comel tu.

Lepas keluar je baby terus rasa lega. Semua sakit-sakit serta merta dah hilang. Hanya orang yang mengandung dan melahirkan akan merasai nikmat sewaktu bersalin ni. Nikmatnya setelah bayi berjaya keluar. Dan puteri sulung ni diberi nama nur iffah humaira binti Muhammad zaki..:) sayang anak ibu ni. Moga jadi anak yang taat dan berbakti kepada abah dan ibu.mmmuah. sekarang menginap di asrama dan tengah merindui anakku yang sorang ni. Semoga baik2 saja di rumah tu. Tak sabar nak balik hari khamis ni.