Saturday, December 8, 2012

Palapes udara memang terbaik!




Assalamualaikum..saya pegawai kadet palapes udara unisza minta kebenaran menulis!:P
Alhamdulillah..hari ini dah masuk minggu ke empat aku dilatih dalam palapes.huh!bukan main penat aku masuk palapes ni.tapi minat punya pasal aku gedah jugak la dan hari ni ada pelantikan skuad leader baru.keputusannya pun telah diumum tadi dengan penuh suspend.masa kelas kesihatan medan tadi jurulatih duk cerita pasal annual kem.anual kem ni akan dibuat dalam hutan.selama 15 hari.huh jenuh la.macam2 benda dia cerita.yang paling aku meremang bulu roma pasal cerita hantu tu.hantu pocong pulak tu.adoi.yang kawan sebelah aku pulak tepuk bahu aku mengejut.bertempik la aku.habis satu kelas gelak.mana taknye aku tengah seram sejuk dengar cerita masa tu.

Masa kawad kaki petang tadi tak delah penat sangat sebab aku tak kawad pun.haha.tak boleh nak kawad der sebab sebelum tu kena ‘side roll’ dah.pening nak muntah semua ada.aku pun apa lagi mintak keluar baris lah.duduk kat luar tengok orang lain kawad.fuh!memang bersemangat dan gagah perkasa la diaorang semua.aku awal-awal lagi dah gugur syahid.

Berbalik pada anual kem tu aku tak pasti aku akan ikut ke tidak.rasa macam dah tak larat dah nak teruskan.memang nak keluar baris terus.tapi teringin nak merasa suasana dekat kem tu.sekali dengan university lain.silap hari bulan bertemu jodoh dekat kem.ops!bukan aku la.skuad-skuad yang lain okay.macam mana pun keputusan akan dipertimbangkan lagi.kalau boleh teruskan aku on.kalau tak boleh redha jer.tapi teringin lah nak join!serius teringin.bila lagi kan nak duduk dalam hutan lama-lama.macam-macam aktiviti pulak tu ada.

Lepas tu last training minggu depan.pengendalian senjata dekat gong kedak.ai dekat besut tu.boleh jer aku cabut balik rumah.tak jauh pun.tapi confirm tak boleh.aku kena training loh.lepas ni kalau keluar baris mesti rindu giler dekat skuad-skuad.sarjan,koperal dan mam.aduh!tak keluar baris lagi pun dah rindu bila takde latihan.ni kan pulak nak keluar baris untuk selama-lamanya.hurm.tapi boleh kan pergi jenguk diaorang dekat markas?ke dah tak bagi ea bila dah keluar baris?haa yang tu kena Tanya jurulatih la kan.

Apa-apa pun aku happy sangat bersama dengan skuad-skuad dalam palapes ni.diaorang semua baik-baik taw.macam-macam kerenah.yang bapok.suka buat lawak.macam-macam lagi lah.kalau tuan dia baca tak tahu lah,harap tak marah ea.:-P.ok lah setakat ni sahaja coretan untuk hari ini.lain kali sambung lagi ok.sayang korang semua!

No comments:

Post a Comment