Saturday, December 29, 2012

PERINGATAN BUAT BAKAL ISTERI

⊹⊱✿ Peringatan buat diri sendiri y bakal menjadi ISTERI, In Shaa Allah.. Buat IMAMKU, bimbing lah DAKU dan ANAK-ANAKKU agar sama-sama kita ke SYURGA ♥ ✿⊱⊹

''Kebanyakkan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.'' maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka : '' Mengapa terjadi sedemikian , adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?''

Baginda menjawab : ''Tidak , mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati SUAMI dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya''

(HR Muslim)

Friday, December 28, 2012

AWAS KEPADA KAUM HAWA

✿>> Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik:
"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..

Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita..dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ..

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee..HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..♥♥

:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::

final examination!

assalamualaikum buat semua.petang ni saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjaya bagi siapa2 yang akan menghadapi peperiksaan akhir tak lama lagi.semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.semoga berkat usaha dan doa, kita semua akan beroleh kejayaan yang diimpikan.yang penting usaha,doa, seterusnya tawakal.semoga kejayaan menjadi milik kita semua.amin!.mohon dimaafkan segala silap dan keterlanjuran kata. sekian sahaja..:)

Monday, December 17, 2012

TIPS MENGERATKAN PERSAHABATAN



• Mestilah sama sehaluan iaitu sama-sama memahami dan bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam.

• Tidak mementingkan diri sendiri. Masing-masing mengutamakan kepentingan sahabat dan melahirkan simpati kepada sahabat yang mendapat kesusahan atau sakit.

• Ziarah-menziarahi. Ini akan mengeratkan perkenalan, rasa persaudaraan dan rasa bersama.

• Saling beri-memberi dan bertukar-tukar hadiah. Ini akan menghibur dan mewujudkan pertautan hati

.• Saling bertolak-ansur terhadap salah dan silap serta berlebih kurang dalam soal wang, makan minum dan sebagainya.

• Saling bermaaf-maafan. Mudah meminta maaf bila bersalah dan mudah memaafkan sahabat yang terbuat salah.

• Tidak memilih, yakni tidak berkawan sesama sendiri sahaja hingga ada sahabat lain yang berkecil hati.

• Kenang jasa sahabat. Jasa, walaupun kecil, perlu dikenang selalu.

• Saling menjaga maruah sahabat. Ceritakan kebaikan-kebaikannya dan tutup keburukannya daripada diketahui oleh orang lain.

• Merendah diri. Jangan menunjuk-nunjuk diri sendiri lebih dan jangan menceritakan jasa, kebaikan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri kepada sahabat. 

Saturday, December 15, 2012

RENUNGAN

PERTANDINGAN MERUPAKAN SALAH SATU SENJATA YAHUDI,
UNTUK MENYUNTIK JARUM MAZMUMAH YG PALING AMPUH.

DIMANA DI DALAM SATU2 PERTANDINGAN AKAN ADA YG MENANG DENGAN PENUH BANGA, SOMBONG, RIAK, TAKABUR.UJUB, RASA DIRI HEBAT, MERENDAH2KAN YG KALAH, MENJATUH KAN PIHAK LAWAN. DAN YG KALAH AKAN KECEWA, RASA TERINAYA, TIDAK ADIL, RASA KECEWA, RASA DENDAM DAN RASA RENDAH HATI.

DISAMPING ITU WUJUDNYA UNSUR2 PERJUDIAN DIDALAM SETIAP PERTANDINGAN.

BELUM LAGI PERCAMPURAN LELAKI PEREMPUAN, AURAT TAK TERJAGA, SIFAT2 TERCELA, KATA2 KESAT DAN KOTOR, SERTA MEMAKI HAMUN,

KESEMUA UNSUR2 INI DI LARANG KERAS DIDALAM ISLAM.

BARANG SIAPA YG ADA SIFAT MAZMUMAH INI,
TIDAK AKAN DINILAI SEGALA AMAL KEBAIKAN NYA,
DAN AKAN DI SUMBATKAN KENERAKA BERSAMA2 IBLIS LAKNATULLAH.

KERANA SIFAT MAZMUMAH INI LAH YG MEMBUATKAN
SEGALA AMAL KEBAIKAN YG IBLIS LAKUKAN SEMASA BERNAMA AZAZIL DAHULU,
DI BATALKAN OLEH ALLAH BEGITU SAHAJA.

DAN DIJANJIKAN NERAKA UNTUKNYA SELAMA2NYA.
TERBATAL SEGALA KEBAIKAN DAN IBADAH YG IBLIS LAKUKAN,
IBLIS SUJUD KEPADA ALLAH SEHINGGA BERIBU2 TAHUN.

DAN HARI INI.... SIFAT INI DI SUNTIK KEDADA2 KITA
MELALUI SISTEM PERTANDINGAN YG DIREKA OLEH YAHUDI

YG MANA DIBELAKANGNYA ADALAH IBLIS LAKNATULLAH.
UNTUK MENYERET SEMUA ANAK2 ADAM KENERAKA BERSAMA2 DENGAN NYA.

AKAN TIBA SATU ZAMAN, YG MANA ORANG ISLAM AKAN IKUT APA SAHAJA YG YAHUDI LAKUKAN,
SEJENGKAL DEMI SEJENGKAL, SEHASTA DEMI SEHASTA,
SEHINGGAKAN YAHUDI MASUK KELUBANG BIAWAK SEKALI PUN,
ORANG ISLAM AKAN MENGIKUTNYA.

DAN HARI INI UMAT ISLAM TELAH HILANG JATI DIRINYA,
BURU DUNIA, CINTA DUNIA, BERSERONOK2 DALAM DUNIA,
PENTINGKAN DIRI SENDIRI, PIJAK MEMIJAK,
HIBURAN YG MELAMPAU, SUKAN, PERTANDINGAN,
GEJALA SOSIAL YG SUDAH TIDAK TERKAWAL,

INILAH ZAMAN NYA YG PERNAH DI PERKATAKAN OLEH RASULULLAH SAW.

Friday, December 14, 2012

Dialog Imam Syafii dan isterinya,


"Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu sebahagian dalam hidupku."Mendengar itu iserinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?"

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan panda
ngan mata yang lembut penuh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama lainnya. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah."


Indahkan Cinta dalam Islam ni ;)

Wednesday, December 12, 2012

luahan dipagi hari

assalamualaikum dan selamat pagi semua sekali..:)masih sempat curi sedikit masa untuk meluahkan isi hati yang tengah sarat.sarat la sangat kan.walaupun petang ni ada test untuk  subject yang boleh dikatakan killer jugak lah.

macam biasalah, bila hampir nak final tekanan akan dirasai. dan semakin hari akan ada bertambah lagi tekanan baru.masyaAllah.tetapi aku tetap buat lagak macam biasa.semacam diri ni kuat dan takda apa-apa masalah.then bila nak final jugak jadi celaru.luaran nampak ok.dalaman ni sarat sungguh.orang tak senyum pun terasa.orang buat muka badmood pun terasa.pada masa sama aku terfikir.dia tak suka dengan aku kah?bosan berkawan kah?atau macam2 lagi lah.tapi bersangka baik lebih baik.think positive.ok jangan sedih-sedih.Allah kan ada..:)memang aku akui aku cukup mudah tersinggung.itu kelemahan aku.

setakat assigment dan test yang ada boleh handle lagi.tapi bila dah ada masalah lain datang aku jadi tak keruan.jadi banyak berfikir.dan macam2 lagi lah..tapi so far tak sampai tahap kritikal lagi.masih boleh handle.anggap lah sebagai satu cobaan hidup buat aku.untuk lebih mematangkan aku.menjadikan aku lebih sabar dan kuat!macam tiger!huhu jomlah kita tengok gambar pemandangan yang cantik dulu.boleh jugak hilangkan stress..hehe.cantik kan

. dan ini saya tuju lagu buat kawan-kawan sekalian.
agak2 dekat mana ni erk?sy sendiri pun tak tahu.main upload jer.lepas final kita pakat g!
kan elok walaupun tengah stress boleh stay macam biasa.boleh senyum dan berguraw.haa ni pasti akan dapat mengurangkan stress.tapi payah jugak kan.tapi boleh dicuba kan.saya boleh!buktikan kemampuan..tibe2 nak over!:P

Tuesday, December 11, 2012

Lawak Suami Isteri di Subuh hari ;)




Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "


...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya

terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "


Sunday, December 9, 2012

"PIKATLAH WANITA DENGAN KETAMPANAN AKHLAK"



Jika ketampanan wajah dijadikan senjata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih tampan.

Jika kekayaan harta dijadikan senjata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih kaya.

Jika kedudukan dan jabatan dijadikan sen
jata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih yang lebih tinggi kedudukannya.

Jika manisnya rayuan kata2 dijadikan senjata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih pintar dalam rayuan.

Oleh kerana itu..

Pikatlah wanita dengan baju ketakwaan beribadah kepada_Nya.
Pikatlah wanita dengan kesopanan dan kelembutan dalam bertutur kata.
Pikatlah wanita dengan keramahan dalam bersikap.
Pikatlah wanita dengan kemuliaan akhlak dalam pergaulan.

Jika hal itu dijadikan senjata..

Maka wanita akan lebih setia.
Maka wanita akan lebih taat dan patuh.
Maka wanita akan merasa bahagia karena dimuliakan.

Dan itulah sebenarnya keinginan wanita.

Didampingi seorang lelaki yang akan mampu menasihati.
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membimbing.
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membawa wanita menuju Ridha_Nya.

Sungguh tiada terlukiskan betapa bahagianya wanita jika lelaki benar2 memperlakukan mereka seperti itu.

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubati resah dan gundah:

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2. Berdoa - Mohonlah kepada_Nya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3. Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti
yang ...boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Saturday, December 8, 2012

Palapes udara memang terbaik!




Assalamualaikum..saya pegawai kadet palapes udara unisza minta kebenaran menulis!:P
Alhamdulillah..hari ini dah masuk minggu ke empat aku dilatih dalam palapes.huh!bukan main penat aku masuk palapes ni.tapi minat punya pasal aku gedah jugak la dan hari ni ada pelantikan skuad leader baru.keputusannya pun telah diumum tadi dengan penuh suspend.masa kelas kesihatan medan tadi jurulatih duk cerita pasal annual kem.anual kem ni akan dibuat dalam hutan.selama 15 hari.huh jenuh la.macam2 benda dia cerita.yang paling aku meremang bulu roma pasal cerita hantu tu.hantu pocong pulak tu.adoi.yang kawan sebelah aku pulak tepuk bahu aku mengejut.bertempik la aku.habis satu kelas gelak.mana taknye aku tengah seram sejuk dengar cerita masa tu.

Masa kawad kaki petang tadi tak delah penat sangat sebab aku tak kawad pun.haha.tak boleh nak kawad der sebab sebelum tu kena ‘side roll’ dah.pening nak muntah semua ada.aku pun apa lagi mintak keluar baris lah.duduk kat luar tengok orang lain kawad.fuh!memang bersemangat dan gagah perkasa la diaorang semua.aku awal-awal lagi dah gugur syahid.

Berbalik pada anual kem tu aku tak pasti aku akan ikut ke tidak.rasa macam dah tak larat dah nak teruskan.memang nak keluar baris terus.tapi teringin nak merasa suasana dekat kem tu.sekali dengan university lain.silap hari bulan bertemu jodoh dekat kem.ops!bukan aku la.skuad-skuad yang lain okay.macam mana pun keputusan akan dipertimbangkan lagi.kalau boleh teruskan aku on.kalau tak boleh redha jer.tapi teringin lah nak join!serius teringin.bila lagi kan nak duduk dalam hutan lama-lama.macam-macam aktiviti pulak tu ada.

Lepas tu last training minggu depan.pengendalian senjata dekat gong kedak.ai dekat besut tu.boleh jer aku cabut balik rumah.tak jauh pun.tapi confirm tak boleh.aku kena training loh.lepas ni kalau keluar baris mesti rindu giler dekat skuad-skuad.sarjan,koperal dan mam.aduh!tak keluar baris lagi pun dah rindu bila takde latihan.ni kan pulak nak keluar baris untuk selama-lamanya.hurm.tapi boleh kan pergi jenguk diaorang dekat markas?ke dah tak bagi ea bila dah keluar baris?haa yang tu kena Tanya jurulatih la kan.

Apa-apa pun aku happy sangat bersama dengan skuad-skuad dalam palapes ni.diaorang semua baik-baik taw.macam-macam kerenah.yang bapok.suka buat lawak.macam-macam lagi lah.kalau tuan dia baca tak tahu lah,harap tak marah ea.:-P.ok lah setakat ni sahaja coretan untuk hari ini.lain kali sambung lagi ok.sayang korang semua!

Wednesday, December 5, 2012

ERTI SEBUAH CiNTA


Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta buknnya m...
encari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli.
Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yg pling dalam saat kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu.Dan cinta yang paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia b'lalu pergi dan lupakanlah dia.

Cinta memang indah namun byk onak berduri didlmnya.....

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..
cintailah seseorang itu kerana agamanya...
Jadikanlah cintamu terhadap si dia dpt membawa kalian ke SYURGA Allah..InsyaAlla....,Aamiin Ya Allah

Wednesday, November 21, 2012

Ya Allah,sungguh aku rindu pada bonda!

Hampir 2 tahun berlalu. Masih segar dalam ingatan. Setiap bait kata dan nasihat yang menjadi peneman. Kesedihan paling besar pernah ditanggung. Betapa beerti kedua orang tua kita. Waktu bersama terlalu singkat. Bermula tingkatan satu tinggal di asrama. Sampailah umur 20 berjauhan hanya doa jadi pengiring dan penghubung.

Kadang kenangan bersama datang menjengah, terus jatuh berderai butir2 jernih. Hampir  kering air mata tatkala menangis teringat akan arwah. Terlalu sedih untuk dikenang saat2 akhir pemergiaannya. Begitu cepat. Tanpa kami semua sangka, Tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Beruntung mereka yang masih punya ibu. Hargailah keduanya tanpa jemu. Berbaktilah selalunya. Bahagiakan hati mereka. Sekarang hanya punya ayah satu satunya. Moga Allah jaga di setiap langkahnya.

Masih terngiang saat dirimu ketawa ketika kita sama-sama melalui saat lucu bersama keluarga.Berkumpul dan berbaring dihadapan tv menonton Sinetron Indonesia kegemaran. Arwah seorang yang kuat dan tabah saat melayan kerenah kami adik beradik. Didikan yang tidak pernah jemu.


Sudahlah!tenang saja tika ini.Yang pergi tidak mungkin akan kembali.Andai masa boleh diundur pasti semua orang akan ingin kembali pada waktu yang di inginkan. Waktu bahagia bersama yang mungkin tidak bisa terganti.

Sunday, November 18, 2012

tiada yang lebih indah

assalamualaikum..pagi ni tengah rajin nak update blog.tapi sebenarnya tak da la rajin sangat. cuma nak tulis
        sepatah dua kata saja..sekarang ni baru lepas stalker facebook member yang baru kawen..
           aduh!tiba2 hadir rasa gemuruh untuk lalui hari yg bahagia itu nanti.
      harap sangat la dipermudahkan akan segala urusan dan segalanya berjalan dengan lancar selancarnya.
banyak perlu dipelajari.ini bukan perkara main-main.dalam kehidupan rumah tangga tidak selalu ditaburi bunga2 wangi tetapi penuh dengan onak duri.hanya yang penting kesabaran,tolak ansur,kesetiaan..
    Jika ada dua insan yang saling mencintai tiada yang lebih indah dari semua keindahan selain pernikahan .. ♥
   ::mesti ingat!isteri umpama pakaian bagi suami.dan suami juga umpama pakaian bg isteri::
pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia ini , dan pendampingmu di akhirat nanti .. :)
in syaa Allah...

Tuesday, November 13, 2012

tolong jagakan dia Tuhan..


Ya Allah,
Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.
Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.
Ya Allah,
Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong jagakan dia ya Allah..
Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.
Aamiin ya Rabb..

HANYA PADAMU KU MEMOHON.


Ku renung pada langit yang kebiruan..Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina.
Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa. 
Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku.
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?
Ku akui, amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi tabiat. Maksiat itu seakan sebati dengan diriku. Saat aku melakukannya, tiada rasa dosa dan bersalah di dalam diriku. Meskipun ia suatu kemungkaran, kerana sudah terbiasa.., ku fikirkan banyak lagi masa untuk bertaubat.
Hakikatnya aku sedar ya Allah... Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. sehinggakan pada suatu masa nanti.. sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana kesakitan menghadapi sakaratul maut. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?
Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.

Wahai teman..
Apakah kau masih alpa seperti diri ini jua? Berubahlah.. kerana sahabatmu ini sayangkan dirimu. Dan kerana itulah, aku tidak mahu apa yang berlaku pada diriku, juga terjadi kepadamu. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada untuk mendekatkan dirimu kepada Allah.
Untuk diriku dan dirimu, ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri". Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku dan aku ingin membawa mu bersama-samaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah.
Doakan aku teman...

Hidup Bukan Semudah Mimpi ..


'' Ada masa kita perlu menikmati saat-saat
terjatuh .. merasai kecewa apabila yang
dirancang tidak menjadi dan menjiwai
kepayahan serta kesukaran sesuatu
perkara ..
semuanya ada hikmah yang tersendiri ,
redhalah''
♥ Hidup diumpamakan sebagai sungai yang
menghilangkan dahaga, tetapi ada ketika kita lemas di dalamnya ♥

Saturday, November 10, 2012

janji Allah itu pasti...:)

jodohku adalah RAHSIA Dia ...

sekali-kali terfikir tentang jodoh , pada akhirnya nanti dengan SIAPA aku akan MENIKAH .. siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku , siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku ..

kerana Allah adalah sebaik-baik pengatur .. HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian .. cuma manusia selalu KURANG SABAR .. belum sampai ke hujung jalan , sudah BERPUTUS ASA .. lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya ..? jodoh , memang misteri Ilahi .. sampai masa dia PASTI datang .. membawa kita terbang bersama , cuma perlu SABAR .. :) ♥

Sunday, October 28, 2012

warkah buat calon suami..





Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, 

Isteri yang kamu nikahi, 
Tidaklah semulia Khadijah, 
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Sunday, October 7, 2012

"DO'A AGAR TIDAK RAGU DALAM MEMILIH PASANGAN"



Ya Allah, Ya Rabbi
Pemilik langit dan bumi ini
Engkaulah penguasa alam semesta ini
Hamba Lemah tanpamu Ya Allah,
Hamba adalah makhluk yg lemah tanpa pertolonganMu.

Ya Allah, Ya Rahman,
Hamba ingin mendapatkan jodoh yg terbaik Ya Allah,
Hamba tidak menuntut kesempurnaan,
Hamba hanya ingin pasangan yg mampu mendekatkan diri Hamba kepadaMu.
Hamba ingin mendapatkan pasangan yang mampu agar lebih mencintaiMu.

Ya Allah...
Hamba yakin pilihanMu adalah pilihan yang terbaik

Ya Allah Ya Rabb,
Jika memang dia baik untukku,
maka satukanlah aku dengannya,
tetapi jika memang dia buruk untukku,
maka jauhkanlah aku dengannya.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin....

Thursday, July 5, 2012

♥ BERCINTA SAMPAI KE SYURGA ♥







"Jαngαn cintαkαn orαng yαng tidαk cintαkαn ALLAH, kerαnα jikα merekα boleh tinggαlkαn ALLAH, merekα jugα boleh tinggαlkαn kitα." (Imαm Syαfie)

✿~ Aku ingin MENCINTAIMU kerana AGAMAMU..
✿~ Aku ingin MENYAYANGIMU kerana AKHLAKMU..
✿~ Aku ingin BERSAMAMU kerana ALLAH..
Maka, TERIMALAH aku seadanya..KEKURANGANKU akan menjadi PELENGKAPMU..insyaAllah..♥

Aku melepaskan dia yang telah membuangku tanpa alasan yang kukuh serta telah mempersia-siakan aku . Namun hanya kau YA ALLAH tidak pernah membuang atau mengenepikan aku walau banyak khilaf yg telah hambamu ini lakukan .

Sesungguhnya ALLAH lah PENCINTA YANG PALING SETIA . semoga diri ini diberi kekuatan unuk menghadapi hari-hari mendatang dan sentiasa mendapat bimbingan dan hidayah dari ALLAH . amin :)
 —

~*Saat Orang Berbicara*~



Jika ada orang bicara mengenai kita dibelakang, itu adalah tanda bahawa kita sudah ada DI DEPAN...

Saat orang bicara merendahkan diri kita , itu adalah tanda bahawa kita sudah berada di tempat yang LEBIH TINGGI...

Saat orang bicara dengan nada iri mengenai kita, itu adalah tanda bahawa kita sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka...

Saat orang Bicara Buruk mengenai kita, padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka , itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka... 

Monday, July 2, 2012

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI
♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

take note.

Kemenangan hati adalah ketika ia dengan tulus memaafkan meski telah dikecewakan begitu dalam...

Meski gula itu manis,tapi ia tak selalu baik untuk tubuh.Namun,pahitnya obat mampu menyembuhkan sakitmu...

Luka,,.tetaplah hanya akan menjadi luka bila kau fokuskan hatimu pada rasa sakitnya...

Jangan pusatkan hatimu pada apa yg membuatmu terluka atau seberapa perih luka itu,tapi berpikirlah bahwa dengannya kau akan melakukan berbagai upaya untuk menyembuhkan lukamu...

Sekecil-kecilnya hikmah dari kegagalan adalah keinginan,do'a & usaha kita untuk tak lagi gagal..

Dalam setiap kegagalan selalu ada hikmah..Dari sebuah luka kita belajar ketegaran & intropeksi diri..

Ingat..kegagalan adalah,sesuatu sukses yang tertunda.

Thursday, June 14, 2012

jodoh itu rahsia ALLAH..


JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..

Sebab apa?

Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup... ✿

~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi...;)

Tuesday, June 12, 2012

lidah terkelu oi.

11 jun 2012..setelah selesai berbuka puasa bersama kakak aku pada jam 7.56,aku bergerak menuju ke kamar..waktu tu kedengaran telefonku berdering menandakan ada panggilan daripada seseorang..setelah meneliti nama pemanggil di skrin aku jadi kaget...antara dua mahu percaya atau tak yang umi 'dia' call aku...aku sangat2 gementar waktu tu...segera aku jawab panggilan dengan memulakan salam di awal perbualan...huhu...


waktu tu aku kelu tak terkata...lepas tu umi dia bertanya beberapa soalan..aku jadi gugup semacam nak jawab satu2 persoalan dia...adik beradik berapa orang?ayah keja apa?adik bongsu umur berapa?dan banyak lagi soalan yang sama waktu dengannya...masa tu memang aku tak tahu nak sembang pasal apa lagi dengan bercampur gelisah sebab tak solat magrib lagi...aku mengambil langkah untuk bagitahu yang aku belum solat...dan kami menamatkan perbualan sampai di situ saja..ok stop...huh!masa tu jantung aku bagai nak luruh...hati aku berdebar semacam je...memang tak boleh nak gambar macam mane perasaan aku tika tu..


nak marah diri sendiri pun ada jugak..pasal apa la tak boleh nak sembang penuh yakin...alah!padahal bakal mak mertua aku jugak...hohoh...kenapalah aku tak sediakan skrip panjang lebar sebagai persediaan kalau2 nak call umi dia ke apa...tut2 umi dia call aku mengejut..huh memang nak pengsan la jawabnya...hati ni rasa dah macam dekat sangat dengan family dia...terasa jugak bagaikan umi dia dah macam umi aku sendiri...seusai solat magrib aku termenung sejenak...fikiran melayang jauh...terkenang dekat arwah ma aku yang meninggal...rasa bagaikan pengganti ma aku je yang call sekejap tadi...ops bukan bermakna mak tiri aku...tapi naluri ni dah rasa dia macam umi aku sendiri...bersembang dengan aku penuh kasih sayang...dengan wajah aku yang cuak waktu tu..dikelilingi orang lain yang menyebabkan aku tak selesa untuk sembang lama...aku tersipu malu...aduh!kalau la boleh undur balik waktu tu aku nak jer bersembang macam aku bersembang dengan mak aku sendiri...


macam ni lah aku boleh cakap..jika sudah tercatat bahawa aku akan bersama dengan dia nanti...insyaAllah aku akan layan umi dia macam ibu kandung aku sendiri...sungguh..aku sangat merindui seorang ibu...ibu yang dah hampir dua tahun pergi meninggalkan aku...saat ini ku tahan air mata dari jatuh berjujuran...kerna saat ini aku merindui arwah mak aku...biarlah..yang pergi tak mungkin akan kembali lagi...dan sekarang ni aku harap kan impian dan angan akan aku tercapai untuk panggil dia 'umi' nanti...amin ya Allah..hanya kau yang tahu isi hati aku!amin ya rabb...

Monday, June 11, 2012

~♥~TAK KAN KU BIARKAN BIDADARIKU LAYU~♥~


Sejatinya jejaka yang romantis bukanlah yang selalu mengucapkan kata cinta yang membuat setiap wanita terbuai dengan khayalan yang belum tentu menjadi kenyataan..

Tapi dia yang memiliki komitmen untuk tidak mengumbar kata cinta sebelum mampu menjadikan rasa cinta itu halal di mata Allah dan manusia.

Duhai para ikhwan katakan dalam jiwa yang terdalam..

Tak kan kubiarkan wanita yang kucintai bergelimang dalam dosa kerana pujuk rayuku..

Tak kan kubiarkan bidadariku layu kerana tingkahku..

Tak kan kubiarkan jiwanya melambung tinggi karena janji manisku..

Tak kan kubiarkan dirinya terus-menerus memikirkanku yang belum tentu akan menjadi halal bagiku..

Tak kan kubiarkan dirinya terumbang-ambing dalam pusaran waktu karena menunggu kepastianku...

Sebelum menjadi halal bagiku biarlah kesabaran menjadi perisai bagi diriku..kini biarlah diriku memperbaiki segala kekuranganku hingga diriku layak menjemput bidadariku..

Tatkala kuraba hati ini memang terasa pilu..apalagi di kala kulihat kanan kiriku bertabur keindahan walau pada dasarnya hanya sementara..betapa banyak kaum wanita yang terpedaya oleh kaumku...

Maka kini ku kuatkan azzamku tuk menjaga kemuliaan diriku dan bidadariku karena ku yakin akan kebesaran Rabbku..buah kesabaran akan terasa manis dalam hidupku dan akan Indah pada waktunya..

Sunday, June 3, 2012

●|● RENUNGAN PETANG INI ●|●

Sahabat...
Pernahkah mengeluh, hidup tidak ada peningkatan kualiti, rezeki begitu-begitu saja, padahal sudah bekerja keras;
Rezeki datang dari ALLAH S.W.T.,
mengapa kita tidak tingkatkan ibadah; solat Dhuha, sedekah, tahajjud, membaca al-Qur'an, bertaubat terus menerus, dan sebagainya...

InsyaAllah, Sang Pemilik Rezeki juga Maha Mencintai hamba-hambaNya yang selalu mengingatNya =) ♥

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri”
[QS. al-Baqarah (2) : 222]

:)

Wednesday, May 30, 2012

adab bersukan dalam islam:-)

bersukan kerana Allah
>bersukan sambil tidak mengabaikan solat,mendapat pengisian lengkap dari aspek rohani dan jasmani..
>tubuh badan orang bersukan(berpeluh) masih boleh menunaikan solat asalkan ianya tidak terdapat najis..
>utamakan waktu solat,barulah pergi bersukan..
>solat boleh dilakukan dimana sahaja asalkan mengadap kiblat yg satu..


menutup aurat
>ianya dituntut di mana sahaja selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan lelaki atau perempuan yg halal dinikahi..
>islam juga mengkhususkan dan membataskan pakaian kaum muslimin..

sukan yang tidak melalaikan
>muslimin atau muslimah mestilah membatasi setiap perkara yg hendak dibuat agar selaras dengan hukum yg ditetapkan.

sukan yg tidak memudaratkan
>semua sukan yg dilakukan bertujuan untuk menyihatkan diri sendiri,bukannya mendatangkan mudarat..
>apa sahaja penyebab bahaya wajib di tinggalkan

sukan yg mendatangkan manfaat
>sebaik2 sukan ialah sukan yg dilakukan ada mendatangkan manfaat..
>manfaat yg bukan sahaja untuk diri sendiri,malah untuk pasukan,peminat hinggakan kepada agama,bangsa dan negara sekalipun!

p/s:tak ada salahnya bersukan...tetapi sangat di galakkan untuk kesihatan selagi tak tinggal kewajipan:-)
-solusi-

:-)

Tidak mudah melupakan masa lalu yang menyakitkan,Tapi akan terasa Indah ketika menyedari itulah jalan yang harus di tempuh untuk mengawali Kebahagiaan yang akan Allah berikan sebagai penggantinya,Tidak mudah menghilangkan duka akibat kehilangan,Tapi akan terasa Indah,ketika menyedari itu adalah sebahagian dari kebahagiaan yang sebentar lagi menghampirimu..Insya Allah

buat tatapan

Berusaha mencari orang yang baik-baik dan soleh/solehah untuk dijadikan pasangan hidup
memang suatu yang baik ....

Tetapi Alangkah lebih baik menjadikan diri sendiri orang yang baik terlebih dahulu sebelum memberi selembar kriteria pada seseorang sebagai calon pendamping,lebih baik kita dulu di utamakan dalam mempelajari Agama Islam dan Mengamalkannya ....

Berusahalah menjadi baik kepada yang lebih baik ..
Semoga kita di pertemukan jodoh dengan orang baik Agamanya,tentunya baik dalam pilihan_Nya ..Aamiin..InsyaAllah...

Sunday, May 27, 2012

masa silam yang kelam..






bumi mana tidak ditimpa hujan.. manusia mana yang tidak pernah berdosa..tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa..

jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna maksiat,pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada ilahi..jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia,berpatah baliklah..jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara..jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah,binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-Quran dan hadis...

moga warna hitam yang kita corakkkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap..biar merangkak,biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan..moga dengan itu,kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi..insyaAllah..jangan pernah putus harapan padaNya...

p/s:Everyone has their own past. And the past is not to be judged, but to be learned.




Saturday, May 26, 2012

ALLAH akan jaga aibmu, jika kamu menjaga aib orang lain..

vassalamualaikum...nampaknya sudah sekian lama aku tidak menulis di sini....bukan apa,aku tak boleh nak buka laptop lama2 sangat sebab anak sedara aku yang sorang ni suka sangat kacau time aku mengadap laptop...asal aku bukak saja tak senang duduk aku tengok...yang dia tahu nak dengar lagu ummi dekat youtube..hari2 mesti nak dengar lagu tu..kalau aku tak bagi kan menangis bukan main...kalau aku tak online pulak dia asyik mintak handphone aku nak dengar lagu yang aku rakam daripada handphone kawan..lagu eren(takkan pisah) hmm macam tu lah hari2...sampai aku dah tak tahu nak sorok kat mane..huhu

okla nampak dah lari tajuk dah kan?hehe..ok berbalik kepada tajuk kat atas tu sebenarnya bukan apa..just untuk peringatan buat diri aku sendiri..yang selalu alpa.aku bukanlah siapa-siapa.hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan...tajuk ni juga sebagai motivasi buat diri aku sendiri untuk tidak membuka sebarang aib tentang diri orang lain.sebab bila kita jaga aib orang lain allah akan jaga aib kita kelak..tapi aku tak faham kadang-kadang  ada yang macam dah jadi hobi duk buka aib semua orang...sebar sebarkan..walhal cerita tu belum tentu betul..entah benar entah tidak..hmm..kalau ya benar sekalipun untuk apa kita sebarkan..biar semua orang sisihkan pelaku tersebut??kita sebagai kawan seharusnya mengambil langkah yang bijak..siapa dia sekalipun,cubala nasihat dulu betul betul..jangan lah sampai sebab mulut kita, semua berpecah belah..macam dah jadi batu api dah...duk laga-lagakan orang...mungkin ada PHD..huhu(penyakit hasad dengki)tak tuju kat sape2...awal2 lagi aku dah cakap tadi kan motivasi untuk diri sendiri:-)

manusia ni tak boleh lari dari melakukan dosa dan kesalahan.semua penah buat silap.tapi kita jangan lah duk hina,mengumpat,macam2 lagilah....nanti terbalik dekat diri sendiri macam mana la agaknya...pernah dengar tak ada satu riwayat yang mengatakan "janganlah kamu menghina seseorang kerana perbuatan keji yang penah dilakukan kerana kamu tidak akan mati sebelum melakukan dosa itu"(tarmizi)..mesti ramai dah pernah dengar kan...lagipun dah ramai kawan2 kita dah post riwayat ni dekat mukabuku kan...cuba cuba lah renung2 kan..muhasabah diri...sudah cukup banyak kah amal kita sampai kita dah macam berlagak yang kita ni sudah baik..sama-samalah kita tegur untuk kebaikan bersama...ada orang dia tak boleh kalau ditegur.tapi berdasarkan pengetahuan aku,melalui bentuk penulisan lagi buat seseorang itu tersentuh bila baca..so banyakkan membaca majalah s0lusi..hehe.tulah kadang2 aku malas nak layan sangat apa yang orang cakap...mulut manusia faham2 jelah...sabar dan terima je apa orang nak cakap..:-)
haa satu lagi sayangilah sahabat kamu dengan hati bukan dengan perasaan..sebab perasaan ni boleh berubah dari semasa ke semasa..dah boring kawan tinggal pastu cari kawan lain pastu bila dah jumpa yang lain tinggal pulak yang tu..hmm..sama-samalh kita menegur kalau ada silap...tapi jangan kita asyik duk nampak silap dia jer...nanti orang fed up ...
p/s:semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersyukur atas nikmat akal yang ALLAH berikan untuk berfikir..moga2 syukur itu lahir dari hati yang ikhlas berpesan2 keranaNya...bukan untuk menyebarkan aib semata2...peace no war:-)-lubuk hati linda-

Friday, May 25, 2012

oh cinta!

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang,namun kau tahu cintamu tak terbalas.Allah Azza Wa Jalla tahu apa yg ada di depanmu dan Allah Azza Wa Jalla sedang mempersiapkan segala-segalanya yg terbaik untukmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yg tak kunjung datang,Allah Azza Wa Jalla mempunyai Cinta dan Kasih yg lebih besar dari segalanya dan Allah Azza Wa Jalla telah menciptakan seseorang yg akan menjadi pasangan hidupmu kelak'' sebenarnya Allah Azza Wa Jalla sedang mengajarimu untuk redha menerima takdir-Nya ….

biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi..

Ingatlah.. bahwa engkau mungkin menemukan cinta setelah kehilangannya,tapi..ketika cintamu itu mati..kau tidak perlu mati bersamanya.

:-)

Jika manusia mencewakanmu,
Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu . .

Jika manusia menzalimimu,
Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .

Jika manusia melukaimu,
Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu . .

Monday, May 21, 2012

air mata mahal harganya

Biarkanlah air mata kita mengalir 
menyesali segala DOSA, daripada hanya TERTAWA tanpa mengira MASA..

Biarkanlah air mata kita mengalir ketika BERTAUBAT, daripada tak sempat kerana TERLAMBAT..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana SYUKUR, daripada terus terluka dalam KUFUR..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK, daripada tergoda dengan SYAITAN yang TERKUTUK..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA, daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang DURHAKA..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana rindukan SYURGA, daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA..

Semoga kita semua selalu dalam Naungan Allah SWT.

Ya Allah, tunjukilah kami ke jalan yang lurus...Aamiin Allahumma Ya Rabbal 'Alamiin..

Friday, May 11, 2012

Ketika TAKDIR menyapa CINTA



Aku...
Yg tak pernah berharap mencintaimu...ttp ALLAH yg telah
menundukan Hatiku tuk memberikan cinta ini padamu

Aku...
Yg tak pernah memilihmu untukku...ttp ALLAH telah memilihkanmu untkku

Aku...
Yg tak pernah bermimpi, untk mendampingimu.,ttp ALLAH lah yg tlah menentukan hidupku tuk mendampingimu..

Aku...
Juga tak pernah berharap menanggung Rasa ini atas cintaku padamu, ttp ALLAH tlah memberikan rasa ini dan harus ku tanggung atasmu

Itulah..aku adanya
Aku yg tak pernah kuasa mampu mengatur hatiku sendiri kerana Sang PEMILIK qu yg tlah menentukannya...

Aku...
Yg hanya engkau lihat sebuah Raga...sdngkan Hatiku sepenuhnya adalah Milik-Nya

'' ya TUHAN ku...Tenggelamkanlah aku di dlam kecinta'an-MU..supaya tiada suatu apapun yg mampu memalingkan aku daripada-MU..

Ya ALLAH...Kurniakanlah kepada kami keAmpunan-MU,bukan Azab-MU...masuk ke dalam Syurga-MU tanpa Hisab,melihat Wajah-MU tanpa Hijab,jagalah kami dengan Kurnia-MU, dari kejahatan orang2 yg Hasad,ketika duduk, berdiri,dan tertidur...peliharalah kami dari rasa dengki...

Aamiin ya Rabbal'Alamiin ...

ANTARA CINTA & KEIKHLASAN



CINTA yang AGUNG,
adalah ketika kamu menitikan airmata,
Dan MASIH peduli terhadapnya..

Adalah KETIKA dia tidak memperdulikanmu
Dan kamu MASIH menunggunya dengan SETIA,

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain,
Dan kamu MASIH bisa TERSENYUM sembari berkata:

"AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUKMU"

Apabila cinta tidak berhasil ,BEBASKAN dirimu,
Biarkan HATIMU kembali melebarkan sayapnya,
Dan terbang ke alam bebas LAGI..

Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan CINTA & Kehilangannya..
Tapi ketika Cinta itu MATI , kamu TIDAK perlu mati bersamanya....

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang,
Melainkan mereka yang tetap TEGAR ketika mereka JATUH.......

Ikhlaskan apa yang Hilang,,
Syukuri apa yang ada ...