Saturday, July 23, 2016

Setiap Perkahwinan Di uji

assalamualaikum dan selamat petang.

Setiap manusia yang hidup atas muka bumi ini tidak dapat lari daripada ujian dan masalah. Meskipun begitu bentuk ujian orang yang bertaraf bujang berbeza dengan yang sudah berkahwin. Kalau yang masih bujang kadang diuji dengan masalah putus cinta. Pasangan curang.

lain pula yang sudah berkahwin. Kadang ada pasangan suami isteri diuji bertalu-talu. Sehinggakan lemah longlai untuk hadapi masalah tersebut. Tapi ketahuilah hanya orang yang mempunyai ilmu mengenai rumahtangga mampu untuk hadapi masalah dengan baik dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik. Ada orang sebulan dua perkahwinan dibina sudah diuji. Masalah kadang datang dari kelurga pasangan ataupun keluarga kita sendiri. Setelah berkahwin, kita kena persiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kerana dunia baru yang kita lalui ini lagi mencabar. Persiapkan fizikal dan mental dan jangan lupa mohon pada yang Esa agar kita menjadi seorang yang tabah dan berjiwa tenang.

Ketahuilah, ALLAH tidak akan menguji diluar dengan kemampuan kita. Yakin dengan pertolongan ALLAH. Dia yang mendatangkan ujian, dia jualah yang bisa mengeluarkan kita dari sesuatu masalah itu. Pohon pada Allah agar rumahtangga kita semua sentiasa harmoni. Jadikan ALLAH tempat kita bergantung harap dan bukannya berharap kepada manusia yang sudah pasti banyak mengecewakan kita.

Ya Allah , jadikan kami sebaik-baik hamba. Salurkan kebahagiaan kepada keluarga kami. Terima kasih atas ujian yang pernah Engkau turunkan kepada kami. Semua itu mengajarkan kami untuk jadi lebih berfikiran matang dan berlapang dada. Engkau sebaik-baik penolong wahai Tuhan semesta alam.

p/s : kami suami isteri dan semua pasangan yang lain.

Saturday, December 5, 2015

tone excel the best wow!

assalamualaikum.. alahai. lama betul saya tak update blog ni. terasa rindu pulak nak menulis dekat sini. haa kali ni entry saya bukan cakap benda-benda kosong ja. hari ini saya nak tunjukkan peluang kepada semua bahawa anda semua perlu bertukar kepada simkad tone excel. saya dah tukar dan sudah dapat hasilnya. telco korang sekarang ada bagi kelebihan apa tak? insuran dapat?sebelum tu sila jawab soalan kat bawah ni

Berape lama lagi asyik nak bayar je topup??asyik nak byr je intrnet??
Tak syg duit ke? Tak perasan ke duit yg kluar bulan2 utk talifon tu sebenanya dh bolh beli bnda lain lbh pnting??
Dulu saya sseperti anda tapi sejak upgrade simkad ‪#‎tunetalktoneexcel‬ ni sy dh xperlu byr topup lg..dh xprlu langgan intrnet lg...sebab semuanya free😁😊..

ol naik ? Tren naik?
JANGAN RISAU BIAR TONE EXCEL BAYARKAN
✔Gunakan telefon di tangan anda
✔gunakan simkad tunetalk tone excel
✔terima duit stiap bulan tanpa henti
✔bayar segala bil yg anda tanggung

Saya cuma beri jalan..yg lakukan adalah diri kita sendiri

ANDA TIDAK MAHU MENYERTAI TONE EXCEL? TAK APA...
Tapi ini yang anda akan Terlepas :
1. Rebet 3% hgga 7% setiap kali topup.
2. PELUANG Diskaun 30% menginap di Tune Hotel.
3. PELUANG Tebus tiket AirAsia
4. PELUANG Tebus Smartphone
5. PELUANG Tebus tiket wayang
6. PELUANG Tebus tiket konsert
7. PELUANG Tebus Air Time
8. PELUANG Cabutan bertuah
9. PELUANG Extra Topup&Free Data Internet 1GB setiap kali topup RM30.
10. PELUANG Insentif pelancongan
11. PELUANG PERCUMA Pakej Umrah
12. PELUANG PERCUMA P.A Insurans RM100K
13. PELUANG Jana pendapatan seumur hidup
14. PELUANG perniagaan boleh DI WARISKAN.

Begitu banyak yang anda rugi dari untung. Adakah simkad
anda sekarang dapat memberi faedah seperti di atas.
Fikirkanlah....
Semakin lama anda bertangguh tuk bertindak, semakin banyak yg anda RUGI n Terlepas PELUANG.
KEJAYAAN milik semua orang yang BERANI MENCUBA, BERTINDAK.
Bukan sebagai PEMERHATI kejayaan orang lain.
Anda Buat, Anda Dapat !
Anda x buat, saya tetap akan buat SAMPAI JADI !!
jom3 join sekarang..!Just upgrade simkad je, baru anda tahu apa yg kalian akan dpt. 😍😍 hanye untung3 smpai bile2. PASIF ye. Bkn aktif πŸ‘ Wowew!

pasig income ni untuk akan datang, duduk saja dekat rumah bulan2 duit masuk. usaha sekarang tuai kemudian. ala. xguna khudrat yang berat pun.
http://toneexcel.biz/954347
 http://toneexcel.biz/954347

pm linda
014-5142195
014-5142195 

Tuesday, May 5, 2015

Pengalaman melahirkan anak pertama


Assalamualaikum pembuka bicara,
Alhamdulillah diberi ruang lagi untuk terus berkongsi cerita dalam blog ni. Alhamdulillah juga sebab aku dah selamat bersalin anak perempuan pada 30/3/2015 hari tu. Dan sekarang peteri aku dah berumur sebulan 5 hari dah. Nak berkongsi sedikit pengalaman sewaktu bersalin dengan kawan-kawan semua. Hehe. Macam mane nak mula ni.
Bermula kisah ini sewaktu aku mula-mula kena tahan dalam wad pada 26 mac. Tersilap pergi awal dekat hospital sebab masa tu aku perasan ada lendir dan darah keluar. Masa tu tak rasa sakit sangat pun. Tapi sebab takda pengalaman bersalin cepat-cepat suami bawak pergi hospital. Sampai je dekat wad bersalin dia terus cek jalan. Tengok-tengok baru 2cm. lepas tu kena tahan dalam wad sampai tarikh 29/3.masa 3 hari dalam wad tu tak terdaya aku nak menanggung rasa sakit tu. Bayangkan 3 hari tu tak boleh nak tidur lena pun. Sebab sakit datang 10 minit sekali. Kadang-kadang 5 minit sekali. Jarak tu la aku dapat lelapkan mata sekejap. Tak tahan punya pasal malam kedua tu suruh misi suntik ubat tahan sakit. Barulah aku boleh tidur lena sebab kepala dah berpusing. Kesan ubat.

Hari keempat dalam wad tu aku rasa semakin sakit perut aku. Terus call suami dekat luar wad nak suruh dia slow talk dengan doctor biar dia pergi hantar dekat HUSM.tapi doctor tak bagi. Oleh sebab misi tu tengok aku dah menangis tak henti-henti dia suruh aku masuk labor room. Cek jalan lagi. baru 4cm. tapi kena stay dalam tu dah. Dia tunggu jalan terbuka 1cm satu jam. Tapi aku kat dalam tu 4 jam tapi jalan baru buka 6cm.
Doctor cina datang terus call HUSm dan bagitahu kat aku nak g hantar sana. Aku tengok misi semua kalut.ingat kan ada yang tak kena. Aku jadi risau. Doa pada Allah moga semuanya selamat. Misi pulak Tanya aku. “awak ada niat nak berank dekat kota bharu ke?aku pun jawablah ye sebab tadi tak tahan sangat sampai serah diri nak suruh belah dah. Misi tu cakap patut baby tak mahu keluar dekat sini.macam tu pulak.
Naiklah ambulans. Sampai kat sane dah terbuak 9cm. aku gembira dah. 1cm je lagi. masa tu memang sakit sangat-sangat dah. Terbuka je 10cm misi dah ready dengan gunting dan alat-alat dia. Aku rasa takut giler. Lepas tu misi suruh aku berak.akku faham-faham sendiri lah. Akku pun teran sekuat hati. Tapi baby tak keluar lagi. aku habis tenaga dah sebab tak makan nasi pun hari tu. Huh!kumpul tenaga dulu. Aku sebut Allah. Allah. Allah tiga kali pastu teran lagi.alhamdulillah baby dah keluar dan aku dengar dia batuk-batuk lepas tu menangis. Comel sangat-sangat suara dia. Misi ambik anak aku letak atas dada suruh peluk kuat2..aku menitis air mata sebab terharu dan dapat tengok wajah anak aku yang comel tu.

Lepas keluar je baby terus rasa lega. Semua sakit-sakit serta merta dah hilang. Hanya orang yang mengandung dan melahirkan akan merasai nikmat sewaktu bersalin ni. Nikmatnya setelah bayi berjaya keluar. Dan puteri sulung ni diberi nama nur iffah humaira binti Muhammad zaki..:) sayang anak ibu ni. Moga jadi anak yang taat dan berbakti kepada abah dan ibu.mmmuah. sekarang menginap di asrama dan tengah merindui anakku yang sorang ni. Semoga baik2 saja di rumah tu. Tak sabar nak balik hari khamis ni.

Thursday, December 18, 2014

semoga aku dipilih jadi tetamu Allah

assalamualaikum. apa khabar semua. hari ni dah masuk 8 hari ayah aku berada di mekah untuk megerjakan umrah. alhamdulillah rezeki ayah untuk sampai ke tanah suci. macam mana la agaknya perasaan ayah dan abang aku bila sampai dekat sekat. aku teringin sekali untuk ke sana suatu hari nanti. nak lihat sendiri keindahan yang rata-rata orang duk cerita.subhanallah.hati ni teringin sekali untuk sampai ke sana.

harap ayah dan abang buat ibadat dengan penuh semangat. bukan senang nak sampai dekat sana. bila dah diberi peluang buat la sebaik mungkin. mudah mudahan dapat umrah yang sah dan mabrur. amin.

Saturday, October 25, 2014

salam maal hijrah

assalamualaikum semua..lama betul ye aku tak update blog ni. rindu pulak. kesian kat blog aku tinggal lama-lama macam tak bertuan dah. Sebelum tu aku nak ucap selamat tahun baru hijrah kepada kenalan semua semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

ha malam ni aku nak kongsi pada semua yang sekarang ni aku tengah hamil 4 bulan dah. syukur pada Allah atas rezeki ini. takut jugak sebenarnya. biasala anak sulung, tiada pengalaman lagi melahirkan anak.apapun doakan aku sihat walafiat ye semua.

alhamdulillah sepanjang hamil ni tiada apa-apa alahan yang teruk setakat muntah dua tiga kali tu biasa la. tu pun sebab salah makan benda-benda yang meloyakan. doakan aku dapat anak perempuan. tapi kalau Allah nak bagi anak lelaki pun apa salahnya kan.

mencabar betul hamil masa tengah-tengah belajar ni kan? nanti perut semakin membesar.. penat sikit la ulang alik pergi kuliah. tapi jangan risau la. semoga Allah bagi kekuatan.

Wednesday, July 23, 2014

hampir nak beraya dah

assalamualaikum..sekarang ni tinggal berapa hari lagi kita akan berpuasa dan aku hari ni dah start khusyuk dengar lagu raya di pejabat.dengan slumbernya..sebenarnya sedih. ramadhan akan pergi tak lama lagi.bulan ni bulan yang sangat mulia.ganjaran amalan di tambah berlipat ganda.sangat beruntung pada bulan ramadhan ni..aku rindu.aku sayang untuk berpisah dengan bulan mulia ni ya ALLAH.semoga kami semua diberi lagi kesempatan bertemu dengan ramadhan tahun ni..:'(

Monday, May 26, 2014

~*selamat malam dunia*~



malam...
kini ia datang lagi..
dan mengakhiri episod kehidupan..
yang telah aku coret pada hari ini..
bermula pagi ku..
penuh dengan cahaya..
dari sang suria..
yang diawalnya..
malu malu menampakkan diri...
lama kelamaan..
kian gagah menyinari...
segenap alam semesta...
sehinggalah ia merangkak pergi..
tatkala tirai malam berlabuh...
merangkak menutupi senja..
burung burung turut berkicauan..
di ufuk timur...
langit kian merah...
bayu kian dingin..
bulan mulai terbit...
teratur sungguh ciptaanMu Rabb...

kini..
aku di sini..
terasa ingin menutup kembali..
kelopak mata yang telah lelah ku buka sepanjang hari ini..
untukku berlayar di alam mimpi..
yang penuh fantasi..
tersasar dari realiti..
namun itulah yang terkadang amat bererti..

ya Allah tuhanku...
berikanlah aku rahmatMu..
moga tatkala mentari terbit tatkala esok tiba..
masih kelopak mata ini...
bisa terangkat...
bisa melihat dunia lgi..
bisa melihat wajah wajah kesayanganku..

namun andai tidak..
biarlah Kau gantikan semua itu..
dengan hadiah bertemu denganMu...
tuhan ku yang Maha Pengasih...
selamat malam dunia...
selamat malam semuanya....
jagalah tidurku..
wahai Allah yang tak pernah tidur....

Wednesday, May 7, 2014

anda takkan menyesal join bisness 1whp.

malam ni saya ambil masa sikit untuk promot bisness yang saya baru saja join. dulu just pandang serong jer dekat bisness macam ni sebab dah banyak kali join tak takde hasil.tapi sekarang bila tengok ex classmate yang join dapat income lumayan terus tertarik. ha, mesti dah pernah dengar kan pasal bisness ni. nak join just bayar rm55 sahaja dan anda akan dapat id dan pasword untuk login.. bayangkan dengan duit rm55 tu bukan banyak pun.boleh beli apa je kan. tapi kalau join bisness ni ditambah dengan usaha untung-untung awak dapat jadi orang senang. boleh kumpul duit buat kawen kan. so kalau ada yang berminat if terbaca entri ni boleh terus cari saya dekat facebook ye.

Sunday, May 4, 2014

The Amazing Spider-Man 2 - OFFICIAL Trailer - In Theaters May 2014













sekarang ni cerita spiderman tengah menggegar pawagam. walaupun aku tak berkesempatan lagi nak tengok jadi aku baca dulu sinopsis cerita ni. best katanya. lagipun aku memang berminat dengan cerita macam ni. 


Dalam kisah yang diambil dari komik karya Stan Lee dan Steve Ditko ini, diceritakan hubungan Peter dan Gwen (Emma Stone) masih terjalin dengan baik. Meski terkadang pesan terakhir ayah Gwen untuk menjauhi anaknya masih begitu mengganggunya.  Ditengah kesibukkannya, muncul masalah baru, sebuah penjahat kuat mengancam keselamatan penduduk kota New York. Penjahat itu bernama Maxwell “Max” Dillon atau yang biasa dikenal Electro (Jamie Foxx). Seperti penjahat super lain, tokoh ini memiliki kekuatan mutan dan dapat mengendalikan medan listrik, sebagai pertahanan diri sekaligus senjata.  Ditengah pertempurannya, Peter Parker, karakter dibalik Spider-Man secara tak sengaja bertemu dengan sosok teman lama, Harry Osborn (Dane DeHaan). Bukan pertemuan biasa, melalui Harry Peter menemukan berbagai petunjuk masa lalu yang berhubungan dengan riset dan kematian orangtuanya.  Selain Andrew Garfield dan Emma Stone, dalam sekuel kali ini sutradara Marc Webb menghadirkan wajah-wajah baru di cerita film ini. Seperti Jamie Foxx, Shailene Woodley, Dane DeHaan, Colm Feore, Paul Giamatti dan Sally Field