Saturday, December 29, 2012

PERINGATAN BUAT BAKAL ISTERI

⊹⊱✿ Peringatan buat diri sendiri y bakal menjadi ISTERI, In Shaa Allah.. Buat IMAMKU, bimbing lah DAKU dan ANAK-ANAKKU agar sama-sama kita ke SYURGA ♥ ✿⊱⊹

''Kebanyakkan ahli Neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.'' maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka : '' Mengapa terjadi sedemikian , adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?''

Baginda menjawab : ''Tidak , mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati SUAMI dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya''

(HR Muslim)

Friday, December 28, 2012

AWAS KEPADA KAUM HAWA

✿>> Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik:
"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..

Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita..dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ..

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee..HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..♥♥

:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::

final examination!

assalamualaikum buat semua.petang ni saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berjaya bagi siapa2 yang akan menghadapi peperiksaan akhir tak lama lagi.semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.semoga berkat usaha dan doa, kita semua akan beroleh kejayaan yang diimpikan.yang penting usaha,doa, seterusnya tawakal.semoga kejayaan menjadi milik kita semua.amin!.mohon dimaafkan segala silap dan keterlanjuran kata. sekian sahaja..:)

Monday, December 17, 2012

TIPS MENGERATKAN PERSAHABATAN



• Mestilah sama sehaluan iaitu sama-sama memahami dan bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam.

• Tidak mementingkan diri sendiri. Masing-masing mengutamakan kepentingan sahabat dan melahirkan simpati kepada sahabat yang mendapat kesusahan atau sakit.

• Ziarah-menziarahi. Ini akan mengeratkan perkenalan, rasa persaudaraan dan rasa bersama.

• Saling beri-memberi dan bertukar-tukar hadiah. Ini akan menghibur dan mewujudkan pertautan hati

.• Saling bertolak-ansur terhadap salah dan silap serta berlebih kurang dalam soal wang, makan minum dan sebagainya.

• Saling bermaaf-maafan. Mudah meminta maaf bila bersalah dan mudah memaafkan sahabat yang terbuat salah.

• Tidak memilih, yakni tidak berkawan sesama sendiri sahaja hingga ada sahabat lain yang berkecil hati.

• Kenang jasa sahabat. Jasa, walaupun kecil, perlu dikenang selalu.

• Saling menjaga maruah sahabat. Ceritakan kebaikan-kebaikannya dan tutup keburukannya daripada diketahui oleh orang lain.

• Merendah diri. Jangan menunjuk-nunjuk diri sendiri lebih dan jangan menceritakan jasa, kebaikan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri kepada sahabat. 

Saturday, December 15, 2012

RENUNGAN

PERTANDINGAN MERUPAKAN SALAH SATU SENJATA YAHUDI,
UNTUK MENYUNTIK JARUM MAZMUMAH YG PALING AMPUH.

DIMANA DI DALAM SATU2 PERTANDINGAN AKAN ADA YG MENANG DENGAN PENUH BANGA, SOMBONG, RIAK, TAKABUR.UJUB, RASA DIRI HEBAT, MERENDAH2KAN YG KALAH, MENJATUH KAN PIHAK LAWAN. DAN YG KALAH AKAN KECEWA, RASA TERINAYA, TIDAK ADIL, RASA KECEWA, RASA DENDAM DAN RASA RENDAH HATI.

DISAMPING ITU WUJUDNYA UNSUR2 PERJUDIAN DIDALAM SETIAP PERTANDINGAN.

BELUM LAGI PERCAMPURAN LELAKI PEREMPUAN, AURAT TAK TERJAGA, SIFAT2 TERCELA, KATA2 KESAT DAN KOTOR, SERTA MEMAKI HAMUN,

KESEMUA UNSUR2 INI DI LARANG KERAS DIDALAM ISLAM.

BARANG SIAPA YG ADA SIFAT MAZMUMAH INI,
TIDAK AKAN DINILAI SEGALA AMAL KEBAIKAN NYA,
DAN AKAN DI SUMBATKAN KENERAKA BERSAMA2 IBLIS LAKNATULLAH.

KERANA SIFAT MAZMUMAH INI LAH YG MEMBUATKAN
SEGALA AMAL KEBAIKAN YG IBLIS LAKUKAN SEMASA BERNAMA AZAZIL DAHULU,
DI BATALKAN OLEH ALLAH BEGITU SAHAJA.

DAN DIJANJIKAN NERAKA UNTUKNYA SELAMA2NYA.
TERBATAL SEGALA KEBAIKAN DAN IBADAH YG IBLIS LAKUKAN,
IBLIS SUJUD KEPADA ALLAH SEHINGGA BERIBU2 TAHUN.

DAN HARI INI.... SIFAT INI DI SUNTIK KEDADA2 KITA
MELALUI SISTEM PERTANDINGAN YG DIREKA OLEH YAHUDI

YG MANA DIBELAKANGNYA ADALAH IBLIS LAKNATULLAH.
UNTUK MENYERET SEMUA ANAK2 ADAM KENERAKA BERSAMA2 DENGAN NYA.

AKAN TIBA SATU ZAMAN, YG MANA ORANG ISLAM AKAN IKUT APA SAHAJA YG YAHUDI LAKUKAN,
SEJENGKAL DEMI SEJENGKAL, SEHASTA DEMI SEHASTA,
SEHINGGAKAN YAHUDI MASUK KELUBANG BIAWAK SEKALI PUN,
ORANG ISLAM AKAN MENGIKUTNYA.

DAN HARI INI UMAT ISLAM TELAH HILANG JATI DIRINYA,
BURU DUNIA, CINTA DUNIA, BERSERONOK2 DALAM DUNIA,
PENTINGKAN DIRI SENDIRI, PIJAK MEMIJAK,
HIBURAN YG MELAMPAU, SUKAN, PERTANDINGAN,
GEJALA SOSIAL YG SUDAH TIDAK TERKAWAL,

INILAH ZAMAN NYA YG PERNAH DI PERKATAKAN OLEH RASULULLAH SAW.

Friday, December 14, 2012

Dialog Imam Syafii dan isterinya,


"Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu sebahagian dalam hidupku."Mendengar itu iserinya bertanya, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?"

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan panda
ngan mata yang lembut penuh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama lainnya. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah."


Indahkan Cinta dalam Islam ni ;)

Wednesday, December 12, 2012

luahan dipagi hari

assalamualaikum dan selamat pagi semua sekali..:)masih sempat curi sedikit masa untuk meluahkan isi hati yang tengah sarat.sarat la sangat kan.walaupun petang ni ada test untuk  subject yang boleh dikatakan killer jugak lah.

macam biasalah, bila hampir nak final tekanan akan dirasai. dan semakin hari akan ada bertambah lagi tekanan baru.masyaAllah.tetapi aku tetap buat lagak macam biasa.semacam diri ni kuat dan takda apa-apa masalah.then bila nak final jugak jadi celaru.luaran nampak ok.dalaman ni sarat sungguh.orang tak senyum pun terasa.orang buat muka badmood pun terasa.pada masa sama aku terfikir.dia tak suka dengan aku kah?bosan berkawan kah?atau macam2 lagi lah.tapi bersangka baik lebih baik.think positive.ok jangan sedih-sedih.Allah kan ada..:)memang aku akui aku cukup mudah tersinggung.itu kelemahan aku.

setakat assigment dan test yang ada boleh handle lagi.tapi bila dah ada masalah lain datang aku jadi tak keruan.jadi banyak berfikir.dan macam2 lagi lah..tapi so far tak sampai tahap kritikal lagi.masih boleh handle.anggap lah sebagai satu cobaan hidup buat aku.untuk lebih mematangkan aku.menjadikan aku lebih sabar dan kuat!macam tiger!huhu jomlah kita tengok gambar pemandangan yang cantik dulu.boleh jugak hilangkan stress..hehe.cantik kan

. dan ini saya tuju lagu buat kawan-kawan sekalian.
agak2 dekat mana ni erk?sy sendiri pun tak tahu.main upload jer.lepas final kita pakat g!
kan elok walaupun tengah stress boleh stay macam biasa.boleh senyum dan berguraw.haa ni pasti akan dapat mengurangkan stress.tapi payah jugak kan.tapi boleh dicuba kan.saya boleh!buktikan kemampuan..tibe2 nak over!:P

Tuesday, December 11, 2012

Lawak Suami Isteri di Subuh hari ;)




Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "


...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya

terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "


Sunday, December 9, 2012

"PIKATLAH WANITA DENGAN KETAMPANAN AKHLAK"



Jika ketampanan wajah dijadikan senjata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih tampan.

Jika kekayaan harta dijadikan senjata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih kaya.

Jika kedudukan dan jabatan dijadikan sen
jata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih yang lebih tinggi kedudukannya.

Jika manisnya rayuan kata2 dijadikan senjata untuk memikat hati wanita..
Maka jangan menyesal jika suatu saat mereka akan mudah berpaling kepada yang lebih pintar dalam rayuan.

Oleh kerana itu..

Pikatlah wanita dengan baju ketakwaan beribadah kepada_Nya.
Pikatlah wanita dengan kesopanan dan kelembutan dalam bertutur kata.
Pikatlah wanita dengan keramahan dalam bersikap.
Pikatlah wanita dengan kemuliaan akhlak dalam pergaulan.

Jika hal itu dijadikan senjata..

Maka wanita akan lebih setia.
Maka wanita akan lebih taat dan patuh.
Maka wanita akan merasa bahagia karena dimuliakan.

Dan itulah sebenarnya keinginan wanita.

Didampingi seorang lelaki yang akan mampu menasihati.
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membimbing.
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membawa wanita menuju Ridha_Nya.

Sungguh tiada terlukiskan betapa bahagianya wanita jika lelaki benar2 memperlakukan mereka seperti itu.

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubati resah dan gundah:

1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2. Berdoa - Mohonlah kepada_Nya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3. Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti
yang ...boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

4. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.

5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Saturday, December 8, 2012

Palapes udara memang terbaik!




Assalamualaikum..saya pegawai kadet palapes udara unisza minta kebenaran menulis!:P
Alhamdulillah..hari ini dah masuk minggu ke empat aku dilatih dalam palapes.huh!bukan main penat aku masuk palapes ni.tapi minat punya pasal aku gedah jugak la dan hari ni ada pelantikan skuad leader baru.keputusannya pun telah diumum tadi dengan penuh suspend.masa kelas kesihatan medan tadi jurulatih duk cerita pasal annual kem.anual kem ni akan dibuat dalam hutan.selama 15 hari.huh jenuh la.macam2 benda dia cerita.yang paling aku meremang bulu roma pasal cerita hantu tu.hantu pocong pulak tu.adoi.yang kawan sebelah aku pulak tepuk bahu aku mengejut.bertempik la aku.habis satu kelas gelak.mana taknye aku tengah seram sejuk dengar cerita masa tu.

Masa kawad kaki petang tadi tak delah penat sangat sebab aku tak kawad pun.haha.tak boleh nak kawad der sebab sebelum tu kena ‘side roll’ dah.pening nak muntah semua ada.aku pun apa lagi mintak keluar baris lah.duduk kat luar tengok orang lain kawad.fuh!memang bersemangat dan gagah perkasa la diaorang semua.aku awal-awal lagi dah gugur syahid.

Berbalik pada anual kem tu aku tak pasti aku akan ikut ke tidak.rasa macam dah tak larat dah nak teruskan.memang nak keluar baris terus.tapi teringin nak merasa suasana dekat kem tu.sekali dengan university lain.silap hari bulan bertemu jodoh dekat kem.ops!bukan aku la.skuad-skuad yang lain okay.macam mana pun keputusan akan dipertimbangkan lagi.kalau boleh teruskan aku on.kalau tak boleh redha jer.tapi teringin lah nak join!serius teringin.bila lagi kan nak duduk dalam hutan lama-lama.macam-macam aktiviti pulak tu ada.

Lepas tu last training minggu depan.pengendalian senjata dekat gong kedak.ai dekat besut tu.boleh jer aku cabut balik rumah.tak jauh pun.tapi confirm tak boleh.aku kena training loh.lepas ni kalau keluar baris mesti rindu giler dekat skuad-skuad.sarjan,koperal dan mam.aduh!tak keluar baris lagi pun dah rindu bila takde latihan.ni kan pulak nak keluar baris untuk selama-lamanya.hurm.tapi boleh kan pergi jenguk diaorang dekat markas?ke dah tak bagi ea bila dah keluar baris?haa yang tu kena Tanya jurulatih la kan.

Apa-apa pun aku happy sangat bersama dengan skuad-skuad dalam palapes ni.diaorang semua baik-baik taw.macam-macam kerenah.yang bapok.suka buat lawak.macam-macam lagi lah.kalau tuan dia baca tak tahu lah,harap tak marah ea.:-P.ok lah setakat ni sahaja coretan untuk hari ini.lain kali sambung lagi ok.sayang korang semua!

Wednesday, December 5, 2012

ERTI SEBUAH CiNTA


Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta buknnya m...
encari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli.
Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka yg pling dalam saat kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu.Dan cinta yang paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu kau jatuh cinta. Dan akhirnya kau mula menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia b'lalu pergi dan lupakanlah dia.

Cinta memang indah namun byk onak berduri didlmnya.....

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..
cintailah seseorang itu kerana agamanya...
Jadikanlah cintamu terhadap si dia dpt membawa kalian ke SYURGA Allah..InsyaAlla....,Aamiin Ya Allah