Sunday, September 29, 2013

XPDC JELAJAH GUA TEMPURUNG PERAK.SERIUS MENCABAR!(26-28 SEPTEMBER 2013)


 Assalamualaikum..ok untuk entri kali ini aku nak cerita sedikit tentang pengalaman aku ketika menyertai xpdc jelajah gua tempurung pada hari khamis hari tu.program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam.untuk makluman semua,gua tempurung tu merupakan gua yang terbesar di semenanjungJ.sebelum tu aku nak cerita dulu dari awal.he.sebelum dapat tahu sape2 yang terpilih untuk pergi kem ni,ada buat pemilihan dulu.so pada hari selasa tu aku ada terima meseg daripada encik fauzan(ketua program) mengatakan yang aku terpilih untuk ke XPDC tersebut.apa lagi aku terus meseg husband aku nak tahu dia terpilih ke tidak.ok dia pun terpilih.aku takdelah happy sangat.hehe jahat tak?bukan apa,aku sedih sebab kawan2 aku semua tak dapat.

Tanpa berfikir panjang aku meseg dekat encik fauzan yang aku nak buat rayuan untuk kawan aku supaya dia pun dapat join.lepas tu dia balas “ok.petang ni datang taklimat”.huh punya la aku happy.berjaya sorang.pastu aku meseg kauthar pulak suruh dia buat rayuan.tapi malangnya meseg dia tidak berbalas.sob3 sedih.petang tu pergi dengar taklimat program dekat gymnasium.tetiba ramai pulak yang tak jadi pergi xpdc tu.tarik diri.ketua program pulak Tanya aku ada lagi tak kawan2 yang nak join.aku pun terus la meseg hasmah dan kauthar.pastu diorang confirmkan yang diorang nak ikut sama.ok settle dengan tulis nama diaorang serta buat surat pengecualian kuliah sekali.

Pada hari khamis jam 9.30 pagi kami semua bertolak ke perak.sampai sana dalam pukul 7 la lebih kurang.semua di arah buat persiapan memasang khemah dan yang perempuan kena masak.aku merangkap sebagai ajk makan minum segera lah pergi masak.masak biasa2je malam pertama tu.aku just goreng sayur je.lepas semua siap.suami aku pula merangkap penghulu memanggil semua peserta untuk menjamu selera.so lauk kitaorang malam tu ayam masak merah dan sayur goreng.semua makan dengan seleranya.(selera la sangat)
ni khemah yang telah siap di pasang.
Lepas siap je makan terus kena berkumpul pada jam 10 sebab ada “night walk” malam tu.kitaorang kena berjalan dalam gelap. nasib baik bertemankan lampu suluh.kalau tak terpijak taik lembu.lepas tu kena masuk dalam air.cuba bayangkan kena redah masuk air malam2.ntah ada lintah ke dalam air tu.pastu berjalan atas darat pulak.pastu masuk pulak dalam sungai.berjalan melalui sungai yang airnya boleh tahan sejuk.sekali aku terjelepok jatuh sebab terpijak batu.huhu..yang paling kelakar sekali.kitaorang kena angkut balik dengan lori.dah macam pendatang tanpa izin aku tengok berdiri kat belakang lori ramai2.

Tiba pulak hari kedua,kitaorang berkumpul untuk memulakan xpdc jelajah gua tempurung.masuk je gua tu ‘pakcik’tunjuk gambar2 yang terbentuk hasil daripada hakisan air aku rasa.ada bentuk suami cium isteri,gambar kucing,imam dan makmun tengah solat pastu buaya makan gajah.muka orang pun ada.ni dia….





Masa dalam gua tu jugak kitaorang kena naik anak tangga.huh lenguh belakang nak kena panjat satu-satu.lepas tu dah tak berjalan ikut tangga dah.kena redah air dalam gua tu.kena merangkak pun ada.yang paling aku gerun sekali masa setiap orang kena sliding turun ikut batu yang tinggi.lebih kurang kena gelongsor turun la.aku rasa macam aku ni nak bunuh diri je.dah la tinggi.kat bawah tu ada husband aku dan budak2 laki lain yang akan sambut.dengan perasaan yang sangat takut gelongsor perlahan2.sampai jer dekat bawah aku terus menangis.aku takut sangat wei.dah lah tinggi.ni merupakan pengalaman baru bagi aku.serius aku tak pernah buat macam ni.selepas tamat je jelajah gua tempurung tu kitaorang semua bergambar ramai2.macam2 gaya ada.he

Malam tu pulak kami ada ‘barbique’.maaf aku tak reti nak eja.kih3.beberapa orang sahaja yang duduk dekat dapur.yang selebihnya diaorang buat sedikit bacaan yasin ramai2.

Time nak tidur malam tu aku rasa sedih sangat2 sebab malam last dah kan.aku sayang nak tinggal tempat tu.banyak sangat kenangan aku dekat sana.bergambar dengan kawan2.suka duka semasa dalam gua.aku tak reti nak luahkan dekat sini.

Tiba pulak hari yang terakhir kami dekat sana.peserta lelaki di arahkan untuk robohkan khemah masing2 termasuk khemah peserta perempuan.time ni hati rasa sayu je sebab dah nak balik ke UNISZA.bergambar banyak2 untuk buat kenangan.lantak lah semua orang duk tengok kitaorang bergambar sakan.dah macam tak pernah jumpa camera.

THEN,semua angkat barang-barang  letak dalam bas.pastu ‘ketua program’bagi chance untuk bergambar dekat pintu gerbang gua tempurung la lebih kurang.setelah itu kami semua bertolak pulang bersama kenangan masing2 yang telah tercipta sewaktu di gua tempurung.haa sebelum terlupa,masa bertolak pulak tu sempat jua kami singgah di Cameron highland.aku beli bunga ni dan jagung banyak2…J



ni pulak gambar yang di tangkap sebelum bertolak pulang.semua peserta ada.cuba teka mana aku??

Tuesday, September 24, 2013

Jangan Biar Istikharah Jadi Fitnah



"Aku yakin bahawa dia adalah jodohku."

Hampir semua orang pernah berfikiran sebegini. Kan?

Aku juga salah seorang. Tidak dinafikan.

Istikharah. Suatu amalan yang seringkali dikaitkan dengan jodoh. Padahal, istikharah tidak semestinya dilakukan untuk jodoh sahaja.

Jabir bin Abdullah menyatakan,

"Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada Al Quran. Rasulullah menyatakan,

"Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat."
(Hadith ini direkodkan daripada Bukhari)

Kita boleh istikharah dalam segala urusan. Tak semestinya soal jodoh.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan istikharah jadi fitnah?

Ada beberapa situasi yang boleh dijadikan contoh, hasil pembacaan aku daripada sebuah buku berkaitan pernikahan.

Lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B. Malah, keluarga mereka juga saling mengenali dan sudah merancang bernikah dalam masa beberapa bulan sahaja. Jika difikirkan, sudah tidak ada masalah lagi dalam urusan. Segalanya dipermudahkan. Kemudian, suatu hari, si A melakukan istikharah lagi, untuk tujuan kepastian. Padahal, sebelum bertunang beliau sudah istikharah dan diberi ketenangan hati. Dipendekkan cerita, si A seakan-akan nampak wajah orang lain dalam mimpi. Kemudian, si A bertindak memutuskan pertunangan dengan si B kerana dikatakan mendapat 'petunjuk' daripada Allah.

Soalan yang mudah. Adakah kita ini wali, yang begitu mudah mendapat petunjuk melalui mimpi? Boleh jadi mimpi tersebut gangguan syaitan.

Soal istikharah, tidak semestinya dapat melalui mimpi. Antara 'petanda' bahawa si dia adalah jodoh kita, adalah dengan segala urusan dipermudahkan.

Istikharah dilakukan untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian. Sebagai tanda mengagungkan Allah dalam membuat segala keputusan. Jika sudah yakin, teruskan. Jangan biar istikharah jadi fitnah!

Perlunya Usaha, Jangan Hanya Berdoa

"Aku hanya menunggu jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz. Kalau sudah jodoh, tak akan ke mana-mana."

Pernah dengar ungkapan sebegini?

Orang yang dilabel islamik selalunya berfikiran sedemikian.

Aku kurang bersetuju dengan ungkapan sebegitu. Seolah-olah bagai menunggu bulan jatuh ke riba! Tiada usaha!

Tak cukup hanya sekadar DT - Doa, Tawakal.

Perlu ada DUIT- Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.

Adakah jodoh akan datang bergolek-golek dihadapan anda, kemudian anda terus bernikah? Tanpa ada usaha langsung?



'Come on'! Berpijak di bumi yang nyata!

Gunakan Pelbagai Method

(1) Gunakan orang tengah yang boleh dipercayai atau baitul muslim

Minta kenalan-kenalan yang kita percayai atau thiqah untuk mencarikan calon untuk kita. Seelok-eloknya yang sudah berkahwin. Tujuan kita menggunakan orang tengah adalah supaya kita lebih terjaga dalam perhubungan. Boleh juga serahkan kepada baitul muslim kerana mereka juga tahu apa yang sewajarnya dilakukan.

Risik seseorang yang kita minat. Ambil tahu bagaimana tingkah laku dan kelakuannya. Melalui orang tengah, kita dapat tahu baik atau buruk seseorang. Tanpa pengetahuan si dia. Jika kita terus berhubung dengannya, dikhuatiri kita hanya nampak kebaikannya sahaja. Seperti orang yang berpacaran, hanya nampak segalanya baik, kan?

Maka gunalah orang tengah, insyaAllah lebih terjaga.

(2) Selidik melalui media massa

FB. Twitter. Atau apa-apa sahaja medium. Selidik tingkah laku seseorang yang kita minat. Adakah dia menjaga ikhtilatnya dengan bukan mahram? Adakah dia menggunakan FB atau Twitter untuk perkara-perkara yang mendatangkan manfaat? Adakah dia suka 'upload' gambar-gambar yang dirasakan tak perlu untuk tontonan umum?

Jaga-jaga, mungkin anda sedang diperhatikan!

Namun bagi lelaki, harus diingat! Jaga pandangan mata. Jangan melihat gambar seorang wanita terlalu lama! Dikhuatiri menimbulkan nafsu syahwat pula.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
(Surah an-Nur ayat 30)

(3) Jumpa ibu bapa pasangan anda, jika anda sudah mempunyai calon

"Aku sudah lama bercouple dengannya. Takkan nak kena clash pula."

Kenapa nak kena 'clash'? Jika ikhlas dengannya, jumpa ibu bapanya!

Jangan Terlalu Kolot

"Aku takut nak tengok gambar calon isteri aku. Risau pula nak berhubung dengannya. Takut zina hati."

Risau akan golongan yang mempunyai pemikiran sedemikian. Terlalu mudah melabel zina hati. Sehinggakan terbayang atau terlintas di fikiran juga dikatakan zina hati.

Boleh jadi mereka betul. Boleh jadi juga salah.

Jangan jadi ekstremis zina hati. Rindu adalah fitrah. Harus diingat bahawa kita hidup dalam lingkungan manusia. Bukannya para malaikat!

Yang membawa kepada kelalaian dan jauh daripada Allah, disebabkan teringat seseorang, itulah yang dilabel zina hati. Jika sekadar teringat atau terlintas secara tiba-tiba, tidak bolehlah kita terus melabel bahawa itu zina hati.

Nabi saw bersabda;

"Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita, maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Azh-Zhahiri)

Manusia mempunyai hati dan perasaan. Perlu lahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, sebelum kita berkahwin.

Tetapi, bagaimana caranya? Adakah dengan perlu ber'couple'? Ber'dating'? 'Calling' dan 'sms' sehingga lewat malam?

Sudah tentu jawapannya tidak! Tak perlu melakukan sedemikian, untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang!

Pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu'bah,

"Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan An-Nasa'ie)

Islam hadir bukan untuk mengharamkan fitrah manusia. Islam hadir untuk mengawal fitrah manusia.

Ya, Islam mengawal. Bukannya menghalang. Terbitkan rasa cinta, tetapi dengan cara berlandaskan syarak.

Suatu kisah Habibah binti Sahl, isteri Tsabit bin Qais. Beliau lari pada malam pertamanya. Tidak mampu menumbuhkan rasa cinta kepada Tsabit. Rupa-rupanya beliau tidak berpeluang melihat Tsabit sebelum berkahwin. Maka, pada malam pertama, beliau mengintai wajah suaminya dengan mengangkat sedikit penutup khemah. Kelihatan suaminya bersama dengan beberapa orang pemuda. Dalam kalangan mereka, didapati Tsabit lelaki yang paling hitam kulitnya, paling pendek ketinggiannya, dan paling buruk wajahnya.

Ketika ditanya oleh Rasulullah saw tentang perbuatannya, isteri Tsabit berterus terang tentang fizikal Tsabit yang tidak disukai. Dia juga menjawab,

"Wahai Rasulullah. Aku tidak mempersoalkan akhlak dan agamanya kerana dia memiliki akhlak dan agama yang baik, tapi aku takut menjadi kufur." Lalu Rasulullah saw meminta Tsabit bin Qais menceraikan isterinya dengan talak satu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Luaran bukan syarat utama. Namun, ia mempunyai kesan terhadap rasa cinta bagi sesetengah orang.

Ingat, kita manusia, bukannya malaikat!



Kesimpulan: Antara Realiti dan Fantasi

Perancangan, sememangnya mudah. Umpama menaip menggunakan komputer riba. Memerah otak mengeluarkan idea-idea yang dirasakan bernas oleh penulis. Tetapi, bagaimana pula dengan pengaplikasiannya?

Berusaha untuk merancang. Namun, sekiranya berlaku tidak seperti apa yang dirancang, ketahuilah bahawa Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk kita.

Aku merancang dan Allah juga merancang. Ketahuilah, bahawa Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.

Sukanya untuk berkongsi rasa. Memberikan nasihat dan motivasi. Membawa masyarakat mengenal erti cinta yang sebenar. Bukannya definisi cinta yang hina! Cinta dikaitkan dengan ber'dating', berpegang-pegangan tangan, 'calling' dan 'sms' sehingga tengah malam. Maka membuatkan masyarakat begitu fobia dengan cinta.

Inginku terangkan kepada masyarakat. Apa itu cinta yang sebenar.

Betulkan definisi cinta! Kerana cinta yang suci adalah fitrah! Yang membawa kepada kita dan si dia dekat dengan Allah SWT

Sunday, September 22, 2013

" PEDIHNYA SIKSA NERAKA "



❥ Astaghfirullaahhal'Adziim : Betapa pedihnya siksa neraka, bagaimana sakitnya di siksa sampai badan hancur tetapi tidak mati-mati ketika di neraka..

Yang terdengar hanya jeritan dan rintihan tangis sakit kepedihan..

❥ 1. Kulit mereka diganti dengan yang baru, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya : 

Setiap kali kulit mereka hangus, KAMi ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan adzab..

(QS-An Nisa' : 56)

❥ 2. Bara apinya membakar sampai ke hati, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya :

(Yaitu) api (yang disediakan) ALLAH yang dinyalakan, yang (membakar) sampai ke hati..

(QS-Al Humazah: 6-7)

❥ 3. Mereka diseret ke neraka di atas wajah mereka, sebagaimana dalam firman-NYA yang ertinya :

(Ingatlah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka..

(QS-Al Qomar: 48)

❥ 4. Minuman mereka adalah besi yang mendidih, sebagaimana ALLAH berfirman yang ertinya :

Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek..

(QS-Al Kahfi: 29).

❥ Begitu syadiid (keras dan pedih) siksaan neraka, lalu siksaan apa yang paling ringan untuk penghuni neraka..??

❥ Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

Sesungguhnya penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah orang yang mengenakan dua sandal dari neraka lalu mendidih otaknya kerana sangat mencengkam panas dua sandalnya..

(HR. Muslim).

❥ YA ALLAH YA RABBI : Ampunilah dosa-dosa hamba..

Berilah hamba kemampuan untuk beribadah kepadamu dan berilah hamba kemampuan untuk menghindari kemaksiatan.

❥ YA ALLAH YA RABBI : Hamba memang tidak pantas masuk syurga tapi hamba tidak akan kuat bila masuk neraka. Ampunilah dosa-dosa hamba-MU ini.

Saturday, September 21, 2013

blogger popular di MALAYSIA

assalamualaikum.lepas solat subuh je aku dah macam tak ada kerja lain selain buka facebook.alkisahnya terbaca la satu post friend kat facebook ni.duk cakap pasal blogger ter'femes' malaysia.setakat ni blogger yang aku tahu femes ni hanis zulaikha je.dan tak pernah follow blogger yang lebih femes daripada tu.nak tahu ke aku cakap pasal siapa?huhu orangnye cantik dan bijak.boleh tengok rupa dia dekat majalah 'dara',metro.utusan,dan macam2 lah.nama dia fatin liyana.nama blog pulak 'honeykoyuki'.ni la gambar dia.




sekali tengok dah macam selena gomez.start menulis blog tahun 2009.dah boleh jadi popular di antara blogger2 kat malaysia ni.nampak gaya blog dia macam menarik hati orang untuk follow sebab banyak gambar masa dia duduk dekat oversea.aku rasa dah berapa banyak income dia boleh dapat hasil daripada blog nya sendiri.untung la.he



kalau ada kawan2 yang masih belum kenal dia boleh la follow blog dia.aku dah baca separuh entri yang dia tulis.menarik.cuma kalau yang panjang-panjang aku tak berapa nak larat nak baca.he.pilih yang pendek-pendek je.jenuh nak memilih.aku bukan apa tolong promot kot2 ada lagi yang tak pernah baca pun blog dia ni.aku promot ni sebab aku tertarik la.sekian.

blogger pujaan ramai:http://honeykoyuki.blogspot.com/p/contact-me.html

Thursday, September 19, 2013

sah menjadi isteri


Tanggal 25 mac 2013,pada pukul 9.30 malam aku telah selamat diijab kabulkan dengan pasanganku..perasaan aku pada malam itu hanya Tuhan saja yang tahu.bercampur baur.tak pandai untuk aku ungkapkan.sekarang aku sudah bergelar isteri orang yang sah.hilang sudah angan yang berlegar di fikiran aku selama ini.

Biarlah aku menjadi yang solehah buat dirinya.biarlah aku menjadi penyejuk matanya.ketenangan dalam perhubungan barulah dirasai.Alhamdulillah tanda syukur kepada yang Esa kerana telah menyatukan kami.syukur kerana telah memenuhi hajat kami yang telah lama diminta..:)

Terkadang,ianya bagaikan sebuah mimpi yang hadir dalam lenaku.aku bergelar isteri.maka tanggungjawab aku adalah sebagai seorang isteri.tingkah laku perlu dijaga rapi.cukup berat,tapi ganjarannya amat besar.
Ku bersujud padaMu agar diberi kekuatan dan ketabahan kepada kami berdua andai ada badai yang datang melanda.akan kami tempuhi dengan tenang dan menganggap ia sebagai lorong-lorong ujian.kesabaran itu amat diperlukan.perkahwinan ini merupakan satu permulaan kehidupan baru.tapi ingatlah perkahwinan ini melengkapi percintaan..:)


entri yang terlambat di'publish'..:P

suami plez take note


::Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

24. Sekali sekala bawa isteri makan tempat-tempat yang biasa pergi makan masa bercinta dulu jangan masa isteri dah tukar size badan x nak ajak makan tempat2 yang indah-indah.

25. Ada masa bawa isteri pergi bercuti serta sambut ulangtahun, harijadi dan sebagainya..InsyaAllah.

26.Sayangi dan hargai lah sepenuh hati isteri anda kerana ianya dijadikan dari rusuk seorang suami peneman setia ke hujung nyawa suami.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


#orang suruh share kita share kat blog terus la.hehe

bersabar dengan dugaan

alhamdulillah,telah selesai satu majlis petang ni."majlis penutupan bulan kemerdekaan"peringkat unisZa.berapa jam duk berjemur tengah panas yang tak berapa panas tadi.tapi sebenarnya takde lah nak cerita sangat pun pasal majlis ni.cuma ianya ada sedikit perkaitan.

berdiri di tengah ramai-ramai orang.ternampak 'mereka'.huh bahagia sakan..timbul jugak satu perasaan yang kurang enak dalam diri.tapi  cuba berlagak takde apa-apa berlaku.mungkin semua sudah berubah perasaan.dan aku dah macam tak wujud langsung dalam jiwa dan fikiran mereka.dulu mase aku berkawan dengan dia.ada jugak mata-mata yang tak berapa nak berkenan.cakap aku rapat la sangat la.yela macam tak berapa nak sokong.tapi sekarang mereka pulak yang terlebih rapat dan nampak macam sweet sangat.timbul perasaan cemburu dalam hati.macam aku ni dilupakan terus.aku sedar aku siapa.takde la touching mane.tapi kan agak2 la berubah terus pendirian mereka.

ya Allah,kau teguhkanlah hati dan iman aku ya Allah.meskipun aku berkeseorangan,aku yakin aku tetap ada-Mu.yang memberi kekuatan dan kegigihan untuk menghadapi apa sahaja lontaran.dan masih lagi ada kawan-kawan yang baik hati untuk terus memberi sokongan pada aku.Allah,Allah.terkadang aku jatuh lemah bila ditimpa ujian demi ujian.tapi apabila terdetik dalam hati yang Engkau bersama aku.aku jadi kuat.kental.aku langsung tak sengaja untuk berperasaan begini.ianya secara spontan hadir dalam diri aku.dulu lain sekarang lain.

sometimes,people try to expose what's wrong with you,because they can't handle what's right about you!

Saturday, September 14, 2013

JANGAN MALU JADI ROMANTIS(SUAMI ISTERI)


        Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW.
 Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. 



 Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Tuesday, September 10, 2013

CIRI-CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.




Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, September 8, 2013

KEINGINAN SETIAP WANITA



Ketika seorang wanita telah siap lahir dan batin.
Maka keinginan terbesar baginya adalah segera menuju gerbang 'PERNIKAHAN'.

Ia begitu merindukan untuk segera menjadi ibu rumah tangga.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang isteri.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang ibu dari anak-anaknya.

Dalam setiap doanya.
Dalam setiap sujud kepada-Nya.
Ia benar-benar merindukan seorang lelaki yang punya komitmen jelas untuk menjadi suaminya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya.
Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Ia hanya berharap seorang pemimpin.
Ia hanya berharap seorang pembimbing.
Ia hanya berharap seorang imam.

Yang akan menjadi penyempurna ibadahnya.
Yang akan membawanya mulia di hadapan-Nya...:)

Saturday, September 7, 2013

istimewa air tangan isteri

Masakan seorang isteri adalah makanan yang paling istimewa buat seorang suami...bukan kerana jenis makanannya, tetapi kerana ia disediakan dengan kasih dan cinta..dijamah pula dengan kasih dan cinta juga..

Maka seorang isteri ketika menyiapkan makanan suami hendaklah dengan penuh rasa cinta dan kasih..demikian juga suami ketika menikmatinya..

Bukti kasih dan cinta itu akan terserlah pada kesungguhan isteri dalam menyediakan makanan itu; kebersihannya, rasanya dan persembahannya...

Ertinya isteri inginkan yang terbaik sehingga aura cinta itu terasa pada makanan yang dihidangkan..suami pula menerima dengan penuh cinta dan rahmah, rasa bersyukur dan bertambah kasih-sayang..

Jika isteri menyediakan hidangan suami sambil lewa,maka tiada beza antara masakan isteri dengan masakan kedai..pada cinta ada aura termasuklah yang tersimpan dalam makanan yang disediakan..jiwa kita ini sentiasa mengembara mencari kasih dan cinta...