Thursday, January 10, 2013

terbaiklah drama korea ni!


aduh sungguh tersentuh dengan drama korea yang aku baru tengok ni."the beautiful to you".tapi sayang ending cerita ni tak sempat nak copy dengan my roomate.ish!tengah syok2 tengok tambah dengan feeling segala last2 tak dapat nak teruskan tengok episod 17.sedih cerita ni.:'(akan aku usaha untuk cari episod seterusnya.pelakon2 dia pun boleh tahan la.jom kita tengok gambar barisan pelakonnya..:)
 ni dia heroin cerita ni.menyamar jadi laki dan bersekolah di sekolah yang studentnye semua lelaki.macam mana lah.huhu
 ni pulak hero dia,boleh tahan la cute.yang tak tahannye dia aktif dengan sukan 'high jump'.huh!seronok je tengok dia lompat..
ni pelakon utama.handsome semuanya!aww

Wednesday, January 9, 2013

KETIKA CINTA TAK BERJODOH



-Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.

-Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak mungkin akan bersama dengan kita.

-Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Segala perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.

-Percaya lah pada kebesaran NYA. Bahwa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

-Jangan pernah anggap putus cinta dengan yang kita harapkan sebagai hukuman dari ALLAH.

-Percayalah, ada rahsia di balik rahsia. dan di balik semua peristiwa pasti ada hikmahnya.


PETUA JADI KACAK & CANTIK MENURUT ISLAM



Semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi pada paras rupa. Namun, tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan menzahirkan rupa yang cantik!

Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.