Saturday, October 25, 2014

salam maal hijrah

assalamualaikum semua..lama betul ye aku tak update blog ni. rindu pulak. kesian kat blog aku tinggal lama-lama macam tak bertuan dah. Sebelum tu aku nak ucap selamat tahun baru hijrah kepada kenalan semua semoga kita semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.

ha malam ni aku nak kongsi pada semua yang sekarang ni aku tengah hamil 4 bulan dah. syukur pada Allah atas rezeki ini. takut jugak sebenarnya. biasala anak sulung, tiada pengalaman lagi melahirkan anak.apapun doakan aku sihat walafiat ye semua.

alhamdulillah sepanjang hamil ni tiada apa-apa alahan yang teruk setakat muntah dua tiga kali tu biasa la. tu pun sebab salah makan benda-benda yang meloyakan. doakan aku dapat anak perempuan. tapi kalau Allah nak bagi anak lelaki pun apa salahnya kan.

mencabar betul hamil masa tengah-tengah belajar ni kan? nanti perut semakin membesar.. penat sikit la ulang alik pergi kuliah. tapi jangan risau la. semoga Allah bagi kekuatan.