Thursday, November 21, 2019

Hati tu biarlah seteguh karang.

Kadang dengan penulisan kau dapat luah semua isi hati.
Yang sarat memendam rasa yang bercampur baur.
mungkin luaran kau nampak 'steady'.
mahu kuatkan hati sendiri katakan.

kadang biar saja air mata tu mengalir laju.
satu-satunya cara kau kuatkan kembali hati dan semangat kau.
kesabaran bertahap. ada masa benda yang kita sabar selamanya meletup.

Lega sedikit hati yang tengah panas bila kau meluah.
Kadang tahan terketar2 menahan amarah yang menggunung.
Suatu kesilapan yang paling besar dalam hidup aku adalah kenal dan berkawan dengan kau.
yang tiada hati budi.
Menyakiti dan menganiaya orang lain.

Mentang-mentang kau mampu. Sesuka hatimu kau perlakukan.
Ingat kawan, Allah tu tiada dua tiga.
Doa orang disakiti Tuhan tu dengar semuanya.