Sunday, April 27, 2014

kelebihan selawat tafrijiyah


assalamualaikum. mungkin kawan-kawan tak pernah dengar pun nama selawat ni kan. saya kata mungkin ya. kalau dah pernah dengar serta beramal alhamdulillah la.selawat ni sudah lama diamalkan oleh ulama'-ulama' kita. mari kita pakat beramal ye. dengan izin Allah banyak manfaat dan fadilatnya. dekat bawah ni saya sertakan selawatnya. 





"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat ini dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


semoga bermanfaat..:)

Saturday, April 19, 2014

bisikan jahatkah yang sedang menguasai?

malam ni tiba-tiba rasa macam ada benda yang tak kena. Sampai fikiran aku tak menentu sekali . tak salahkah aku cemburu tengok orang lain berbahagia sedangkan aku seakan semakin dilupakan. aku tak pinta lebih pun daripada kamu kawanku. yang aku ingin adalah berbicara jujurlah pada aku. apa aku ni kawan yang membosankan ataupun buat hatimu tak senang. ye aku akui aku sunguh banyak kekurangan. kalau di sekolah menengah dulu kita pernah tidak bertegur sapa disebabkan salah faham. aku menyangka yang kita tak mungkin berkawan kembali. tut-tut kembali bertemu du universiti dalam satu pasukan.

aku cemburu tengok kamu melayan dia lebih. tanpa bersifat adil dengan aku. ataukah aku yang berfikiran kolot hah??apa yang buat kamu seakan tak berapa nak masuk dengan aku? apa lagi yang perlu aku buat. tolong la terus terang dengan aku. tolongla.

memang aku tak boleh nak paksa kamu suka aku macam kamu suka kawan yang lain. tapi sekurang-sekurangnya jangan lah menampakkan sangat yang kamu tak berapa suka aku. sekalipun aku bukan kawan yang baik, tapi ketahuilah yang aku selalu ingat kenangan kita dulu. menangis bersama-sama. masa di sekolah menengah sekali. bila di universiti kita sekali lagi menangis sama-sama disebabkan satu hal yang hanya kita bertiga saja tahu. tak kan tiada sekelumit sayang pun pada aku sebagai kawan, tolong la kawan meskipun sekarang masing-masing sudah punya teman baru. tak kan tak pernah ada sekelumit rindu pun pada aku yang pernah hadir dalam hidupmu.

ok lepas pada ni aku mungkin akan bertindak bersahaja bila bersua. aku tak kan boleh paksa kamu untuk sayang dan suka aku. tapi yang hairan macam mana aku boleh pulak selalu rindu padanya. ish perasaan buruk selalu hadir beserta sangkaan yang kurang enak!!!!