Saturday, July 23, 2016

Setiap Perkahwinan Di uji

assalamualaikum dan selamat petang.

Setiap manusia yang hidup atas muka bumi ini tidak dapat lari daripada ujian dan masalah. Meskipun begitu bentuk ujian orang yang bertaraf bujang berbeza dengan yang sudah berkahwin. Kalau yang masih bujang kadang diuji dengan masalah putus cinta. Pasangan curang.

lain pula yang sudah berkahwin. Kadang ada pasangan suami isteri diuji bertalu-talu. Sehinggakan lemah longlai untuk hadapi masalah tersebut. Tapi ketahuilah hanya orang yang mempunyai ilmu mengenai rumahtangga mampu untuk hadapi masalah dengan baik dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik. Ada orang sebulan dua perkahwinan dibina sudah diuji. Masalah kadang datang dari kelurga pasangan ataupun keluarga kita sendiri. Setelah berkahwin, kita kena persiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kerana dunia baru yang kita lalui ini lagi mencabar. Persiapkan fizikal dan mental dan jangan lupa mohon pada yang Esa agar kita menjadi seorang yang tabah dan berjiwa tenang.

Ketahuilah, ALLAH tidak akan menguji diluar dengan kemampuan kita. Yakin dengan pertolongan ALLAH. Dia yang mendatangkan ujian, dia jualah yang bisa mengeluarkan kita dari sesuatu masalah itu. Pohon pada Allah agar rumahtangga kita semua sentiasa harmoni. Jadikan ALLAH tempat kita bergantung harap dan bukannya berharap kepada manusia yang sudah pasti banyak mengecewakan kita.

Ya Allah , jadikan kami sebaik-baik hamba. Salurkan kebahagiaan kepada keluarga kami. Terima kasih atas ujian yang pernah Engkau turunkan kepada kami. Semua itu mengajarkan kami untuk jadi lebih berfikiran matang dan berlapang dada. Engkau sebaik-baik penolong wahai Tuhan semesta alam.

p/s : kami suami isteri dan semua pasangan yang lain.