Monday, December 17, 2012

TIPS MENGERATKAN PERSAHABATAN



• Mestilah sama sehaluan iaitu sama-sama memahami dan bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam.

• Tidak mementingkan diri sendiri. Masing-masing mengutamakan kepentingan sahabat dan melahirkan simpati kepada sahabat yang mendapat kesusahan atau sakit.

• Ziarah-menziarahi. Ini akan mengeratkan perkenalan, rasa persaudaraan dan rasa bersama.

• Saling beri-memberi dan bertukar-tukar hadiah. Ini akan menghibur dan mewujudkan pertautan hati

.• Saling bertolak-ansur terhadap salah dan silap serta berlebih kurang dalam soal wang, makan minum dan sebagainya.

• Saling bermaaf-maafan. Mudah meminta maaf bila bersalah dan mudah memaafkan sahabat yang terbuat salah.

• Tidak memilih, yakni tidak berkawan sesama sendiri sahaja hingga ada sahabat lain yang berkecil hati.

• Kenang jasa sahabat. Jasa, walaupun kecil, perlu dikenang selalu.

• Saling menjaga maruah sahabat. Ceritakan kebaikan-kebaikannya dan tutup keburukannya daripada diketahui oleh orang lain.

• Merendah diri. Jangan menunjuk-nunjuk diri sendiri lebih dan jangan menceritakan jasa, kebaikan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri kepada sahabat. 

No comments:

Post a Comment