Monday, May 21, 2012

air mata mahal harganya

Biarkanlah air mata kita mengalir 
menyesali segala DOSA, daripada hanya TERTAWA tanpa mengira MASA..

Biarkanlah air mata kita mengalir ketika BERTAUBAT, daripada tak sempat kerana TERLAMBAT..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana SYUKUR, daripada terus terluka dalam KUFUR..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK, daripada tergoda dengan SYAITAN yang TERKUTUK..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA, daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang DURHAKA..

Biarkanlah air mata kita mengalir kerana rindukan SYURGA, daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA..

Semoga kita semua selalu dalam Naungan Allah SWT.

Ya Allah, tunjukilah kami ke jalan yang lurus...Aamiin Allahumma Ya Rabbal 'Alamiin..

No comments:

Post a Comment