Sunday, April 27, 2014

kelebihan selawat tafrijiyah


assalamualaikum. mungkin kawan-kawan tak pernah dengar pun nama selawat ni kan. saya kata mungkin ya. kalau dah pernah dengar serta beramal alhamdulillah la.selawat ni sudah lama diamalkan oleh ulama'-ulama' kita. mari kita pakat beramal ye. dengan izin Allah banyak manfaat dan fadilatnya. dekat bawah ni saya sertakan selawatnya. 





"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat ini dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.


semoga bermanfaat..:)

No comments:

Post a Comment