semakin hari semakin banyak spekulasi yang di cipta orang ramai.dan dengan sebab tulah aku serabut. banyak sangat cerita yang aku dengar.last sekali aku jauhkan diri sebentar daripada perkara ni. sibuk dengan kuliah. tengok berita jarang-jarang. sebab aku tak berapa percaya berita dekat tv. susah jugak kan.
dan yang terbaru ni aku ada terbaca blog seseorang ni. aku kagum dengan fikrah serta analisa yang dia buat. dan aku tak sabar giler lah nak tahu kemuncak kisah kehilangan pesawat ni. sejak dua menjak ni aku rasakan semacam misteri ini akan terungkai tak lama lagi. ok aku masih sabar menanti.
apapun, dengan harapan agar semua penumpang yang ada kat dalam tu selamat dengan izin Allah taala. harap betul2 selamat. bumi sekarang dah terlalu tua. dunia akhir zaman. dengan itu kita semua harus sedar dan memohon keampunan daripada Allah atas segala salah laku yang terdahulu. sementara masih punya waktu untuk bertaubat. taubat itu semacam kita u-turn kereta, apabila kita sedar kita tersalah jalan so kita kena lah u-turn ye..masih punya kesempatan buat semua.aku pohon maaf sekiranya aku pernah menyakiti kalian,
sekian.
No comments:
Post a Comment