Assalamualaikum pembuka bicara,
Alhamdulillah diberi ruang lagi untuk terus berkongsi cerita dalam
blog ni. Alhamdulillah juga sebab aku dah selamat bersalin anak perempuan pada
30/3/2015 hari tu. Dan sekarang puteri aku dah berumur sebulan 5 hari dah. Nak
berkongsi sedikit pengalaman sewaktu bersalin dengan kawan-kawan semua. Hehe.
Macam mane nak mula ni.
Bermula kisah ini sewaktu aku mula-mula kena tahan dalam wad pada
26 mac. Tersilap pergi awal dekat hospital sebab masa tu aku perasan ada lendir
dan darah keluar. Masa tu tak rasa sakit sangat pun. Tapi sebab takda
pengalaman bersalin cepat-cepat suami bawak pergi hospital. Sampai je dekat wad
bersalin dia terus cek jalan. Tengok-tengok baru 2cm. lepas tu kena tahan dalam
wad sampai tarikh 29/3.masa 3 hari dalam wad tu tak terdaya aku nak menanggung
rasa sakit tu. Bayangkan 3 hari tu tak boleh nak tidur lena pun. Sebab sakit
datang 10 minit sekali. Kadang-kadang 5 minit sekali. Jarak tu la aku dapat
lelapkan mata sekejap. Tak tahan punya pasal malam kedua tu suruh misi suntik
ubat tahan sakit. Barulah aku boleh tidur lena sebab kepala dah berpusing.
Kesan ubat.
Hari keempat dalam wad tu aku rasa semakin sakit perut aku. Terus
call suami dekat luar wad nak suruh dia slow talk dengan doctor biar dia pergi
hantar dekat HUSM.tapi doctor tak bagi. Oleh sebab misi tu tengok aku dah
menangis tak henti-henti dia suruh aku masuk labor room. Cek jalan lagi. baru
4cm. tapi kena stay dalam tu dah. Dia tunggu jalan terbuka 1cm satu jam. Tapi
aku kat dalam tu 4 jam tapi jalan baru buka 6cm.
Doctor cina datang terus call HUSm dan bagitahu kat aku nak g
hantar sana. Aku tengok misi semua kalut.ingat kan ada yang tak kena. Aku jadi
risau. Doa pada Allah moga semuanya selamat. Misi pulak Tanya aku. “awak ada
niat nak berank dekat kota bharu ke?aku pun jawablah ye sebab tadi tak tahan
sangat sampai serah diri nak suruh belah dah. Misi tu cakap patut baby tak mahu
keluar dekat sini.macam tu pulak.
Naiklah ambulans. Sampai kat sane dah terbuak 9cm. aku gembira dah.
1cm je lagi. masa tu memang sakit sangat-sangat dah. Terbuka je 10cm misi dah
ready dengan gunting dan alat-alat dia. Aku rasa takut giler. Lepas tu misi
suruh aku berak.akku faham-faham sendiri lah. Akku pun teran sekuat hati. Tapi
baby tak keluar lagi. aku habis tenaga dah sebab tak makan nasi pun hari tu.
Huh!kumpul tenaga dulu. Aku sebut Allah. Allah. Allah tiga kali pastu teran
lagi.alhamdulillah baby dah keluar dan aku dengar dia batuk-batuk lepas tu
menangis. Comel sangat-sangat suara dia. Misi ambik anak aku letak atas dada
suruh peluk kuat2..aku menitis air mata sebab terharu dan dapat tengok wajah
anak aku yang comel tu.
Lepas keluar je baby terus rasa lega. Semua sakit-sakit serta merta
dah hilang. Hanya orang yang mengandung dan melahirkan akan merasai nikmat
sewaktu bersalin ni. Nikmatnya setelah bayi berjaya keluar. Dan puteri sulung
ni diberi nama nur iffah humaira binti Muhammad zaki..:) sayang anak ibu ni.
Moga jadi anak yang taat dan berbakti kepada abah dan ibu.mmmuah. sekarang
menginap di asrama dan tengah merindui anakku yang sorang ni. Semoga baik2 saja
di rumah tu. Tak sabar nak balik hari khamis ni.
No comments:
Post a Comment