Monday, March 30, 2020

TERIMA KASIH! GRACIAS ! TRIMAS!

salam sejahtera dan selamat malam.
terima kasih yang pernah hadir.
terima pernah singgah meninggalkan seberapa kenangan.
terima kasih datang memberi pengajaran.
datang meninggal luka juga apa kurangnya
tidak sikit pun dendam terpahat.
tinggal kenangan segalanya.
aku doakan kamu berubah dan sentiasa dibawah jagaaNya.
jauh dari lara dan alpa.
tunduk mengingat Tuhan.

Sunday, February 9, 2020

Andai Maaf Bisa Menjernihkan

Maaf akan segala hal yang berlaku.
Maaf akan sikap yang tak selayaknya.
Maaf atas segala kata yang ter'emosi' keluar.
Maaf akan segala hal yang tidak termaafkan.
Maaf akan semua hal yang terlewati.
Maaf tentang segala rasa yang pernah menyinggah.

Kerna aku adalah aku.
Insan biasa yang tak mungkin dapat lari dari khilaf.
Khilaf kata-kata mahupun perbuatan.
Sudah berkali kata maaf dilontarkan.
Tapi halnya tetap sama.

Seolah sepenuhnya salah aku.
Yang buruknya semua dari sini.
Entah yang sana  agaknya sesempurna bulan purnama penuh.
Usah memandang yang dahulunya berlalu.
Pertimbangkan kata maaf yang terungkap.

Kita semua sama.
Tidak engkau yang suci aku yang paling jeleknya.
i have to begin to forgive myself even if you don't.
Ya beri peluang pada diri sendiri.
Kita tak mampu untuk memperbetulkan masa lalu yang telah usai.
Tapi kita bisa mencorak masa depan .
Supaya boleh kembali bersinar.
Allah tak pernah memandang kamu yang sebelumnya.

Tapi siapa kamu hari ini.
Berdamailah dengan diri sendiri.
Berdamailah dengan orang lain.
Bermusuhan tidak menjamin apa-apa.
Sedang hati sendiri juga yang tersakiti.
Belajarlah jadi matang.

Gembirakah kamu dalam hal yang negatif?
Negative environment.
Suasana tak gembira.
Tak seperti dulu.
Jujurnya aku tak selesa itu.
To face it.
Everyday. :'(





Monday, January 13, 2020

RAKUSNYA MANUSIA

Hati yang tersimpan di dalam
Tiada siapa yang tahu.
Dalamnya penuh muslihat.
Manusia tidak mengerti dan mengetahui
Namun Allah tahu akan semuanya.

Sejenis manusia yang sanggup mengamalkan ilmu terpesong.
Untuk raih perhatian manusia.
Kepentingan diri menjadi matlamat.
Untuk puaskan nafsu kebinatangan.

Sanggup ketepikan hukum Allah.
Asal apa yang di inginkan tercapai.
Ingat teman sepandai mana kamu
Pada akhirnya kamu akan jatuh.
Rebah tersungkur.
Bukan niat mendoakan keburukan.
Namun yakin Allah Maha adil.

What goes around comes around
Baik kamu perlakukan pada orang.
Baik juga datang untuk kamu.
Jahat yang kau lemparkan
Merana diri sendiri.
Tanggunglah akibatnya.

Sebelum terlambat jangan lupa kembali.
Raih kembali keampunanNya.
Dosa syirik besar impaknya.
Bukan kamu tidak tahu.
Sendiri punya didikan agama.

Allah sebaik-baik pelindung.
Moga keturunan dijauhkan dari syaitan yang bertopengkan manusia.
Minta perlindungan daripada Allah.
Dia sebaik-baik pelindung.

Ikutkan dendam kesumat.
Sampai bila tidak akan lepas/puas hati.
Serahkan semua pada Tuhan.
Allah pilih untuk di uji.
Jangan pernah salahkan takdir Tuhan.
Everything happen for a reason.
He want to test you.




Thursday, November 21, 2019

Hati tu biarlah seteguh karang.

Kadang dengan penulisan kau dapat luah semua isi hati.
Yang sarat memendam rasa yang bercampur baur.
mungkin luaran kau nampak 'steady'.
mahu kuatkan hati sendiri katakan.

kadang biar saja air mata tu mengalir laju.
satu-satunya cara kau kuatkan kembali hati dan semangat kau.
kesabaran bertahap. ada masa benda yang kita sabar selamanya meletup.

Lega sedikit hati yang tengah panas bila kau meluah.
Kadang tahan terketar2 menahan amarah yang menggunung.
Suatu kesilapan yang paling besar dalam hidup aku adalah kenal dan berkawan dengan kau.
yang tiada hati budi.
Menyakiti dan menganiaya orang lain.

Mentang-mentang kau mampu. Sesuka hatimu kau perlakukan.
Ingat kawan, Allah tu tiada dua tiga.
Doa orang disakiti Tuhan tu dengar semuanya.



Wednesday, September 4, 2019

people left, Allah stay.

usah bersedih jika ada yang pergi meninggalkan.
Hargai mereka yang terus ada bersama kamu.
Menyokong tanpa lelah.
Membimbing tanpa jemu.
Bersama saat suka.
Setia saat air mata berjurai.
Andai yang pernah hadir memberi luka.
Buang saja. Jangan biarkan luka menjadi parah.
Kerana yang terbaik itu tak mungkin akan pergi.
Peduli mereka yang pergi tanpa sebab dan alasan.
Kesalahan lalu kamu bisa perbetulkan sekarang.
Setiap hamba ada khilaf.
Tidak ada yang suci persis bayi kecil.


Peduli pada mereka yang dulunya ada.
Sekarang pergi.
Tak punya alasan untuk kamu kaji alasannya.
Teman bisa di cari.
Yang setia saat susah senang sukar sekali.

Jangan membenci keterlaluan.
Bencilah sekadarnya.
Agar kau sedar Allah hadirkan sesuatu bersebab.
Kajilah hikmahnya.

Mungkin mahu kembalikan ketaatan kamu.
Jiwa rapuh terkadang itu biasa.
Harus bangkit kembali bersinar.
Moga setimpal balasan di terima.
Dari Tuhan yang Maha adil.
Layak menentukan semua.
Kita hamba harus patuh.

Patuh pada ketentuan.
Turut perintahNya.
Kerna yang hadirkan semua rasa itu adalah Dia.
Mohon pada Dia juga untuk hilangkan.
Jangan terlalu salahkan diri sendiri.

Apa yang datang bukan pintamu.
Hamba lemah mana mungkn maintain baiknya.
Terkadang rapuh.

Wednesday, June 26, 2019

tentang perasaan

perasaan yang terlahir dari hati terkadang nampak pelik
mungkin nampak teguh
tapi hakikatnya tiada siapa yang tahu dalamnya
mungkin ada antara kalian yang tidak mengerti dengan peraaan sendiri.
berperang dengan jiwa.
menidakkan apa yang di rasa.
suatu saat mungkin kau bisa menafsir perasaan sendiri.
duduk dibalik ketenangan 
jiwa yang yang kadang tak pernah mengalah
memikirkan apa saja cara yang pasti buat kau tersenyum gembira
kadang penat melayan perasaan sendiri
entah bagaimana caranya
untuk kau hapuskan semua rasa yang terpatri
terkadang engkau melayarkan rasa yang tak layak engkau letakkan.
suatu saat nanti kau pasti merasa lelah untuk hadapi semua ini
lelah untuk akaui perasaan sendiri 
yang pasti engkau sendiri tidak gemar ia datang bertamu.
sudah berapa kali engkau kalah pada diri sendiri
yang tak mampu engkau lenyapkan dari segenap sudut.
akan tetapi jiwa yang sedang tenat engkau layani mungkin menyakitkan diri engkau sendiri.
andai ada masa yang bisa kau unduran kembali engkau mungkin tidak mahu kembali pada masa yang banyak menyakitkan kau.
masa yang tidak perlu ingat pun sebenarnya.
tetapi ia tetap datang menerjah dalam diri.
puas engkau cuba hentikan 
namun ia datang kembali



Friday, March 8, 2019

TENTANG SEORANG AYAH

Dia lelaki terhebat mungkin kita pernah jumpa.
Kesedihannya terlindung.
Dalam diam mendoakan semua anaknya. 
kecekalan dirinya tidak setanding yang lain.

mungkin kelihatan 'cool'. Tapi apa yang terlindung di balik fikiran siapa yang tahu.
Ayah seorang yang kuat.
Perkasa mentalnya.
Untuk anak yang berjauhan, jenguklah selalu.
Mungkin kita yang pergi dulu atau ayah dulu. 
Siapa tahu perancangan Tuhan.

Hebat tak terbatas. 
Moga Allah jaga selalu. 
Disetiap langkah 
Setiap harinya bahagia hendaknya.

Monday, February 11, 2019

RASA HATI

Tentang hati dan perasaan yang rumit.
sukar dimengerti.

Kadang bergolak kadang tenang.
jiwa yang yang seberapa patuh ini.

Kadang tersuka kadang terbenci.
suka terlahir dari hati.

Namun ia berbisa.

Bukan tercipta untuk kita.

Jiwa melawan hati yang galak.

Mungkin jua suatu ketetapan.


Kita menanggung pilu dan sakit.

Andai aku bukan disini.

Tiada kata seperti itu terucap.

Maaf untuk bicara yang tak pantas.

Kata yang terlepas keluar.

Semua bukan dari hati. fikiran terkabur seperti mata yang kabur kadangnya.

Simpan semua rasa.
Agar kita bisa bahagia.


Wednesday, September 5, 2018

Diari seorang guru

Assalamualaikum. Bersua kembali setelah lama saya menghilang daripada dunia blogger. Maklumlah sibuk uruskan keluarga.

Hari ni saya curi sedikit Masa yang Ada untuk berkongsi kisah tentang perjalanan saya sebelum dipilih menjadi guru. Pada bulan 5 2017, saya mengikut kata hati untuk memohon jawatan guru interim tahfiz Dan dini. Beberapa bulan kemudian saya dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru di ipg Kuala Terengganu . Alhamdulillah saya layak untuk ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. Masa tu saya jadi Suri rumah sepenuh Masa di Klang. Dengan harapan pulang untuk temuduga dekat kelantan. Suami bekorban untuk pulang menghantar saya ke kampung. Sehingga lah tiba keputusan bagi mereka meyandang jawatan guru interim. Tunggu punya tunggu nama saya tidak tercalon.

Murung 1 minggu. Dalam hati bertanya bila aku nak dapat kerja ni. Saya berbincang dengan suami untuk bekerja sementara waktu bagi menambah pendapatan keluarga.

Saya Cuba nasib pergi temuduga dekat bonia boutiqe dalam aeon mall bukit tinggi Klang. Alhamdulillah saya diterima masuk. Jujur saya cakap pada Hari pertama saya bekerja saya sangat kekok. Malu Dan sebagainya. Tapi Alhamdulillah bila bertemu dengan staff yang lain Dan juga manager yang sangat cute, saya berasa sangat selesa.

10 bulan bekerja di sini, saya sekali lagi menerima email untuk menghadiri temubual di ipg bangi. Saya hadir dengan hati yang bertawakkal kepadaNya sekiranya Ada rezeki Kali ni . Alhamdulillah akhirnya saya menerima Satu lagi email untuk buat medical check up. Nampaknya macam sudah berjaya Kali ini. Dan ya memang betul saya dipilih berkhidmat di daerah sibu sarawak.

Pada 3 Hari bulan September 2018, saya diminta untuk melapor diri di wisma persekutuan sibu Dan Alhamdulillah Hari ni sudah Hari ke empat saya di sekolah kebangsaan sk St. Mary. :)

Saturday, July 23, 2016

Setiap Perkahwinan Di uji

assalamualaikum dan selamat petang.

Setiap manusia yang hidup atas muka bumi ini tidak dapat lari daripada ujian dan masalah. Meskipun begitu bentuk ujian orang yang bertaraf bujang berbeza dengan yang sudah berkahwin. Kalau yang masih bujang kadang diuji dengan masalah putus cinta. Pasangan curang.

lain pula yang sudah berkahwin. Kadang ada pasangan suami isteri diuji bertalu-talu. Sehinggakan lemah longlai untuk hadapi masalah tersebut. Tapi ketahuilah hanya orang yang mempunyai ilmu mengenai rumahtangga mampu untuk hadapi masalah dengan baik dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik. Ada orang sebulan dua perkahwinan dibina sudah diuji. Masalah kadang datang dari kelurga pasangan ataupun keluarga kita sendiri. Setelah berkahwin, kita kena persiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kerana dunia baru yang kita lalui ini lagi mencabar. Persiapkan fizikal dan mental dan jangan lupa mohon pada yang Esa agar kita menjadi seorang yang tabah dan berjiwa tenang.

Ketahuilah, ALLAH tidak akan menguji diluar dengan kemampuan kita. Yakin dengan pertolongan ALLAH. Dia yang mendatangkan ujian, dia jualah yang bisa mengeluarkan kita dari sesuatu masalah itu. Pohon pada Allah agar rumahtangga kita semua sentiasa harmoni. Jadikan ALLAH tempat kita bergantung harap dan bukannya berharap kepada manusia yang sudah pasti banyak mengecewakan kita.

Ya Allah , jadikan kami sebaik-baik hamba. Salurkan kebahagiaan kepada keluarga kami. Terima kasih atas ujian yang pernah Engkau turunkan kepada kami. Semua itu mengajarkan kami untuk jadi lebih berfikiran matang dan berlapang dada. Engkau sebaik-baik penolong wahai Tuhan semesta alam.

p/s : kami suami isteri dan semua pasangan yang lain.